April 10, 2008

WANITA

Wanita...
Jangankan lelaki biasa,Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita...
Tanpa mereka...fikiran dan perasaan lelaki akan resah,Masih mencari...dan terus mencari...
Walaupun ada segalanya...Apa yang tiada dalam syurga..?Namun adam tetap rindukan hawa...
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok itu...Untuk diluruskan oleh lelaki...
Tetapi...seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus!!!
Mana munkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus...Luruskanlah wanita...
Dengan jalan yang ditunjukkan oleh Allah Taala...
Kerana merekan diciptakan sebegitu rupa oleh Allah Taala...
Didiklah mereka...dengan panduanNya,
Janganlah cuba manjakan mereka dengan harta,
Kerana nanti merekan akan menjadi semakin liar....
Kenallah mereka kepada Allah, zat yang kekal...Disitu punca kekuatan dunia!!!
Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu...
Hati serabut kaca, kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak...Suburkanlah ia...
Kerana disitu nantinya mereka akan lihat nilaianDan keadilan tuhan
Bisikkanlah ketelinga mereka...Bahawa kelembutan,
bukan satu kelemahan, Ia bukan diskriminasi tuhan...
Sebaliknya...disitulah kasih sayang tuhan...Wanita yang lupa hakikat kejadiannya,
Pasti tidak akan terhibur dan tidak akan menghiburkan...Tanpa iman, ilmu dan akhlak,
Mereka tidak akan lurus...Bahkan mereka akan semakin membengkok!!!
Itulah akibatnya andai wanita tak kenal tuhannya...
Bila wanita menjadi durhaka,Pasti dunia lelaki akan menjadi huru-hara...
Lelaki...
janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata...Tapi binalah kepimpinan...
Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Ilahi,Pimpinlah diri kepadaNya...
Jinaklah diri kepada Allah,Nescaya akan jinaklah segala- galanya dibawah kepimpinanmu,
Jangan mengharapkan isteri semulia FATIMAH AZ-ZAHRAH...
Andaikata dirimu tidak sehebat SAYYIDINA ALI KARRAMALLAHUWAJHAHU...
Amin Ya Rabbal 'Alamin

April 4, 2008

SEMASA : KENALI DADAH JENIS OPIAT

Pengenalan
Opiat juga dikenali sebagai narkotik adalah bahan yang digunakan dalam perubatan untuk menidurkan atau melegakan kesakitan,tetapi mempunyai potensi yang tinggi untuk menyebabkan ketagihan.Sebahagian daripada opiat ,seperti candu,morfin,heroin dan kodein diperoleh daripada getah buah popi yang terdapat atau berasal dari negara-negara Timur Tengah dan Asia.Lain-lain jenis opiat seperti metadon adalah dadah sintetik/tiruan.
Jenis Opiat

Candu Mentah

Candu Mentah juga dikenali sebagai Black Stuff,Opium Madat,Pen Yeh,O dan Tar.apabila buah popi muda ditoreh,ia mengeluarkan getah putih yang bertukar menjadi pekat dan berwarna coklat atau hitam.Bahan ini dinamakan candu mentah. Ia mempunyai bau kuat, menganjal (elastic) apabila masih segar dan menjadi keras jika terdedah pada udara.


Candu Masak
Candu masak merupakan candu yang telah disediakan untuk dihisap.Ia diperoleh melalui proses ringkas melibarkan pencampuran candu mentah dengan air yang kemudiannya dipanaskan dan ditapis untuk mengasingkan kekotoran seperti habuk daun popi.Bahan tapisan ini terus dipanaskan sehingga pekat.Candu masak berwarna coklat gelap dan berupa seperti tar apabila segar.Ia menjadi keras apabila dibiarkan.Candu masak kadang-kadang berupa seperti cerutu yang berwarna hitam,coklat atau keemasan dan mempunyai buih-buih kecil.candu masak boleh dimakan,dihisap dengan menggunakan paip atau dengan cara chasing the dragon.

Tahi Candu

Tahi candu ialah sisa bakaran atau arang candu masak yang telah dihisap.Ia mungkin terdapat dalam bentuk until terbakar ataupun kikisan dari paip candu.Tahi candu boleh digunakan semula dengan mencampurkannya dangan air dan can candu mentah ke candu masak.

Morfin

Dikenali juga sebagai M, White Stuff,White Powder,Monkey,Dreamer, Morph, Morb,Cubes,Emsel dan Melter.Morfin ialah sejenis alkaloid yang diperoleh daripada candu mentah.Dalam pasaran gelap,ia selalunya diperoleh sebagai morfin mentah,bes morfin(morphine base) atau morfin sulfat atau morfin hidroklorid.Ia terdapat dalam bentuk blok,serbuk atau pil.Cara menggunakan morfin adalah dengan menyuntik larutan morfin atau menelan pil-pil morfin.

Morfin Mentah

Morfin mentah didapati dalam bentuk blok atau serbuk.Bentuk blok selalunya berukuran 5 cm 3 10 cm 3 15 cm dan beratnya di antara 1,200 gm hingga 1,500 gm walaupun saiz dan berat blok mungkin berbeza-beza dari putih ke coklat gelap dan kebanyakannya mempunyai tanda ‘999’.Blok-blok ini pada umumnya mengandungi 70%-90% morfin hidroklorid.Dalam bentuk serbuk,morfin mentah berwarna putih atau coklat dan berbiji halus.Bentuk ini diperoleh setelah blok morfin mentah dibahagikan atau setelah blok tersebut dihancurkan sejurus sebelum morfin mentah diproses menjadi heroin.Di tempat-tempat tertentu di Asia Tenggara,ia kadang-kadang disebut sebagai ‘Heroin no.1’


Bes Morfin

Bes morfin ialah sejenis alkoloid yang diperoleh secara langsung daripada candu.kadang-kadang ia mempunyai bau seperti serbuk kopi halus.Kandungan morfin yang terdapat di dalamnya adalah antara 60%-70%.

Pil Morfin

Pil-pil mengandungi morfin sulfat atau morfin alkolid yang dikeluarkan secara sad kerapkali dipesongkan ke pasaran gelap. Pil-pil ini kecil dan berwarna putih atau coklat pucat.

Bes Heroin

Bes heroin merupakan diasetil morfin sebelum ia diproses menjadi diasetil morfin hidroklorid yang dicampurkan dengan bahan-bahan campuran seperti kafein, striknin,kuinin dan skopolamin seperti yang terdapat dalam Heroin No.3.Bes heroin merupakan heroin yang belum siap dikeluarkan.Bes heroin kering merupakan pepejal yang boleh dihancurkan dengan tangan untuk menjadi serbuk. Warnanya berbeza-beza dari kelabu pucat ke coklat gelap.Di tampat-tampat tertentu di Asia Tenggara,ia dikenali sebagai ‘Heroin no.2’

Heroin No.3

Di Malaysia,Heroin No.3 juga dikenali sebagai Fit,Fun,Tepung,Cik Putih,Barang dan Penang Pink kerana ianya berwarna merah jambu.Tidak kira di mana ia dikeluarkan,Heroin no.3 dikenali dengan pelbagai nama seperti Hong Kong Rocks, Brown Sugar,Chinese Heroin dan White Dragon Pearl.Pada umumnya ,ia terdapat dalam bentuk ketul-ketulan walaupun kadang-kadang ia dihancurkan menjadi serbuk dan mempunyai warna berbeza-beza dari coklat muda ke kelabu gelap. Bahan campuran utama ialah kafein,walaupun kadang-kadang barbiturat dicampurkan ketika proses menghasilkannya.Ketulan Heroin no.3 mengandungi diasetil morfin di antara 25%-45%.Kadangkala terdapat juga sampel-sampel yang mempunyai peratus ketulinan di luar lingkungan ini.Kandungan kafein dalam Heroin no.3 di antara 30%-60%.Mungkin terdapat juga sejumlah kecil bahan-bahan lain seperti striknin,kuinin dan skopolamin.Heroin jenis ini digunakan dengan cara menyuntik,menghidu,menghisap dan chasing the dragon.

Heroin No. 4

Heroin No.4 berbentuk serbuk halus berwarna putih atau putih kuning dengan kandungan sehingga 98% diasetil morfin hidroklorid.Hasil daripada pembersihan yang dijalankan ketika pengeluaran,heroin jenis ini mengandungi sedikit kekotoran bahan campuran apabila diniagakan secara haram pada peringkat borong.Walau bagaimanapun,ia selalunya sudah bercampur dengan bahan-bahan lain seperti laktos apabila dijual kepada penagih.Heroin jenis ini selalunya digunakan secara suntikan.

Brown Heroin

Brown heroin ialah heroin yang dikeluarkan melalui proses pengeluaran tanpa pembersihan.Bahan ini berwarna coklat,mengandungi ketulan-ketulan keras dan mempunyai bau seperti cuka yang kuat.Apabila ia dicampurkan dengan bahan-bahan lain,ia kadang-kadang dipanggil sebagai street level heroin.

Heroin Black Tar

Heroin jenis ini terdapat di Amerika Syarikat dan menyerupai tar dari segi warna dan kepekatan Ia mengandungi sehingga 90% diasetil morfin berbanding dengan 2%-6% yang terdapat pada Brown Heroin.Ia larut dalam air apabila dipanaskan dan selalunya disuntik atau dihidu oleh penagih.

P/s: Moga mendapat dan menambah pengetahuan untuk kita selaku belia, mungkin tanpa kita sedari akan keberadaan "makhluk" ini disisi kita...wal i'yazubillah...

MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN

Fatwa-Fatwa Pengharaman Rokok

Terdapat beberapa jumlah fatwa telah dikeluarkan mengenai rokok, antaranya:


1. Tersebut di dalam kitab Bughyah al-Mustarsyidin, tembakau (rokok) sudah dimaklumi sebagai benda yang halal yang paling buruk, di mana ia boleh mengkhayalkan dan berlakunya pembaziran harta, dan ia bukanlah menjadi pilihan makanan atau hisapan atau sedutan oleh mereka yang bermaruah. Telah difatwakan mengenai pengharamannya oleh para ulama tasauwuf seperti Al-Qutb Sayyidina Abdullah Al-Haddad, Al-‘Allamah Ahmad Al-Hadwan, sebagaimana yang disebut oleh Ahmad bin Umar bin Sumaith tentang pendapat mereka berdua dan ulama yang lain yang sependapat dengan mereka. Bahkan Al-Habib Al-Imam Al-Husain bin Asy-Syeikh Abi Bakr bin Salim dengan panjang lebar membuat amaran keras mengenai dengan tembakau. Beliau (Al-Habib) mengatakan: “Aku khuatir orang yang tidak bertaubat dari merokok sebelum matinya, dia akan mati dalam keadaan suu’ al-khatimah (mati yang berkesudahan buruk).

2. As-Sayyid Al-‘Allamah Umar Al-Bashri Rahimahullahu Ta‘ala dalam fatwanya:
“Kaedah-kaedah yang dipakai oleh para ulama kita ketika menyatakan haramnya sesuatu makanan dalam bab al-ath‘imah ialah makanan yang boleh membawa kepada mabuk atau memudaratkan akal atau tubuh badan, maka memakan benda yang memabukkan adalah haram, kerana ia memabukkan, dan memakan makanan yang memudaratkan akal juga haram, kerana mudaratnya itu. Begitu juga jikalau seseorang membuat pengakuan bahawa dia tidak menemui apa-apa manfaat dalam makanan itu dari semua segi, maka elok makanan berkenaan diharamkan ke atasnya, kerana yang demikian itu berlaku pembaziran harta. Pembaziran harta tidaklah ada bezanya di antara membuangnya ke laut atau membakarnya dan sebagainya yang dikira sebagai membuang-buang harta itu. Manakala yang lainnya adalah halal, kerana yang muktamad, bahawa asal sesuatu benda itu halal, apalagi bagi orang yang menjadikannya sebagai ubat.”
“Apa yang disebutkan di atas, begitulah juga hukum yang berlaku kepada tembakau (rokok). Salah satu sifatnya ialah baunya yang busuk. Maka pendapat yang rajih (kuat), hukumnya adalah haram kerana kotornya…”

3. Al-Imam Al-Akbar Mahmud Syaltut, Bekas Syeikh Al-Azhar, Mesir menyebutkan di dalam fatwanya: “Walaupun menghisap tembakau itu tidak memabukkan dan tidak merosakkan akal, namun ia mempunyai berbagai kesan yang membahayakan kepada kesihatan perokok itu sendiri dan juga kepada orang lain yang tidak merokok.”

“Para doktor telah menganalisa kandungan komponen-komponen tembakau dan mereka menemui adanya bahan racun di dalam kandungan tembakau itu, di mana racun ini boleh membunuh (melenyapkan) kebahagiaan dan kegembiraan seseorang walaupun secara perlahan.”

“Jika demikian halnya, tidak diragukan lagi bahawa menghisap tembakau adalah suatu yang menyakiti dan memudaratkan. Dalam pandangan Islam, sesuatu yang menyakiti dan memudaratkan itu adalah keji yang mesti dijauhi.”

“Di samping itu, apabila kita tinjau wang yang dibelanjakan untuk tembakau, kita mendapati bahawa perokok lebih memerlukan wang berkenaan, atau dia sepatutnya menggunakannya kepada perkara lain yang lebih baik dan berfaedah. Dalam pandangan Islam, menghabiskan wang dengan cara yang sedemikian itu adalah dilarang dan tidak harus.”