July 20, 2012

Hari Keluarga BKMIP (USB '12)


KAHERAH, 20 Julai – Badan Kebajikan Mahasiswa / wi Islam Pahang ( BKMIP ) telah mengadakan program Hari Keluarga BKMIP 2012 pada 5,7 dan 9 Julai yang lalu,bertempat di Kompleks Yayasan Pahang yang berlangsung selama 3 hari.

         Antara objektif program ini ialah mengerat dan mengukuhkan ukhuwah dI kalangan ahli BKMIP.Juga  untuk mencungkil bakat - bakat baru dalam acara ilmiah dan sukan.Di samping itu,untuk membentuk semangat berpasukan dan saling bekerjasama dan melahirkan mahasiswa yang berketerampilan dalam kehidupan bermasyarakat.

        Program yang bertemakan “ Under Broadcasting System ” (USB ’12) sebagai line internet di Mesir sebagai Media penghubung.Selain itu juga,Etisalat, Vodafone, Mobinil dan TE- Data sebagai tema setiap kumpulan.

        Pada 7 Julai,antara acara yang dipertandingkan bagi akhawat ialah Musang Berjanggut, Seni Si Bisu ,Nur Ilahi ,Celoteh, Internasional Knowledge, Aksi Bluehippo, Tongkang Pecah dan Nasib Si Buta bagi acara indoor yang berlangsung pada jam 8.15 pagi sehingga jam 11.30 pagi.Kemudian acara diteruskan lagi,pada sebelah petang bermula pada jam 4.30 petang dan berakhir pada jam 6.30 petang dengan acara outdoor yang diberi nama “family outing” yang dijalankan di Hadiqah Atfal.  

Pada 9 Julai,telah diadakan perasmian penutup yang disampaikan oleh Pegawai Atase Pendidikan Yayasan Pahang kaherah iaitu Al-fadhil Ustaz Khairul Anuwar Haji Abu Bakar. Ahli keluarga beliau turut hadir bersama dalam majlis tersebut.Majlis dimulai dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh pemenang tilawah ikhwah.Kemudian, dimeriahkan lagi dengan sesi  Ramah Mesra bersama beliau sebagai Pegawai Atase yang baru.Kemudian diserikan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang dan tayangan video sepanjang program berlangsung.Selain itu,sedikit jamuan telah disediakan dan majlis berakhir pada jam 11.30 malam.  

Seni Budaya Pahang (SEDAP)

Jumaat, 29 Jun 2012 – Seni Budaya Pahang (SEDAP) anjuran UKKS (Unit Kesenian Kebudayaan & Sukan) Hewi BKMIP telah berjaya dilaksanakan  di Dewan Syeikh Abdul Halim Mahmud, Pahang.Aktiviti ini bertujuan untuk lebih mengeratkan hubungan bersama dalam perkongsian idea yang kreatif dan kritis.
       
         Antara pertandingan yang diadakan adalah pertandingan memasak dan busana muslimah B.I.C (Beautiful,Impressive,Courteous)
       
         Pertandingan memasak bermula pada jam 5.00 petang sehingga jam 6.45 petang.Sebanyak 11 buah rumah yang mengambil bahagian dalam acara tersebut. Johan telah dimenangi oleh rumah C 502,manakala naib johan  disandang oleh rumah C501 seterusnya rumah C402 mendapat tempat ketiga.
      
         Selepas maghrib, acara menjamu selera bersama bagi setiap menu yang dipertandingkan.Kemudian B.I.C  diadakan pada jam 9.45 malam sehingga 11.00 malam.Antara fesyen yang digayakan adalah pekerja pejabat ,pelajar, pengantin dan fesyen ketika menghadiri majlis.Sebanyak  7 buah rumah yang terlibat.Johan dimenangi oleh rumah C401,naib johan C303 dan tempat  ketiga oleh rumah C502.
     
 “Semoga ukhwah sesama ahli siswi BKMIP terjalin hingga ke syurga yang abadi atas dasar kefahaman islam yang jelas, bukan atas kehendak peribadi, Uhibbukunna Fillah” Ujar Saudari  Nor Atiqah bt Hasnol selaku UKKS hewi BKMIP.