January 24, 2014

Kaherah, 22 Januari – Badan Kebajikan Mahasiswa/wi Islam Pahang sesi 2012/2013 (BKMIP) di bawah Unit Dakwah dan Unit Kebudayaan,Kesenian dan Sukan dengan kerjasama Unit Sambutan Mahasiswi Baru (USMB) telah mengadakan program yang berbentuk santai iaitu ‘Jom Riadhah dan Picnic’.

Aktiviti ini bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan silaturrahim sesama mahasiswi Pahang justeru merehatkan minda setelah sebulan menghadapi peperiksaan awal semester.Pada jam 8.30 pagi, mereka bertolak ke Hadiqah Dauliyyah dengan penyertaan seramai 55 orang mahasiswi.

Program dimulakan pada jam 9.30 pagi dengan bacaan Asma’ul Husna serta nyanyian lagu PMRAM. Tepat jam 10.00 pagi program diteruskan dengan senaman dan beberapa permainan seperti Lukisan Rosak, Sambut Cintaku, Berat Sama dipikul Ringan Sama dijinjing, Gempa Bumi, Simpulan Kasih dan Bola Beracun versi gadis melayu.

Permainan tamat pada pukul 12.00 tengahari disusuli dengan penyampaian hadiah kepada pemenang setiap kumpulan.Program berakhir dengan sesi jamuan makan bersama ahli.Semoga tautan ukhwah yang terbina ini mampu menguatkan lagi kesatuan BKMIP.
Sekitar jam 1.00 tengahari, mereka bertolak pulang.

Terima kasih kepada semua mahasiswi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.Semoga ukhuwah yang terjalin ini akan menambahkan lagi ketaqwaan kepada Allah SWT dan dapat bersama meneruskan perjuangan Islam ini.



Kita PMRAM