July 14, 2015

Kalam Pimpinan Hewi Sesi 2015



“Kami adalah satu kaum yang telah dimuliakan oleh Allah kerana ISLAM, andai kami mencari sesuatu kaum yang selain daripada ISLAM, pasti kami akan dihina ALLAH” 

“Apabila kamu berasa letih kerana berbuat kebajikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang. Dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal. (Saidina Ali)

-Nur Ateyya Nuha Binti Azri 
(Naib Pengerusi Hewi)



“Ketika burung hidup, semut adalah makanannya. Tetapi apabila burung mati, semut memakannya pula. Sebatang pokok boleh dijadikan berjuta mancis tetapi hanya perlu sebatang mancis untuk membakar berjuta pokok.”

“Keadaan boleh berubah dalam sekelip mata. Jangan sesekali melukakan atau menyusahkn seseorang dalam hidup ini.”

“Kamu mungkin berkuasa hari ini, tetapi masa adalah lebih berkuasa daripada kamu.”

-Nor Suriani Binti Mutamam
(Unit Perumahan & Kebajikan)


                                                                                                                                                              

Andai rebah, sedarlah
Andai jatuh, bangkitlah,
Andai mundur, maralah
Kerana ujian takkan bermakna
Tanpa setitis usaha                                         

-Nur Amira Binti Nordin
(Unit Perhubungan, Sambutan & Rehlah)

               

Mahasiswa yang memakai tanda nama Islam tidak akan hidup seperti robot yang diprogramkan dan hanya bergerak mengikut program yang ditetapkan serta tidak akan bertindak lebih dari itu. Usaha untuk bangkitkan ummah perlu dianjak dan digilap lebih lagi bagi menjamin masa depan Islam itu sendiri. Jadi bangkitlah wahai mahasiswa dan tanamkan dalam diri, aku wajib meyakini masa hadapanku adalah untuk Islam!!

-Rabiatul Adwiyah Binti Abdul Majid
(Unit Dakwah Hewi)

                                                                               

Duhai remaja,
Manfaatkanlah usiamu yang muda
Sayangnya jika kau berikan segala
Pada yang bukan haknya

Duhai sahabat,
Keringat & kognitifmu diperlukan masyarakat amnya
Untuk menampung kelompongan yang ada
Dunia hari ini semakin hari semakin tua
Siapa lagi yang akan merawatnya kalau bukan kita

Duhai azhari/ah,
Kepulangan kau dinanti mengislah masyarakat
Pelbagai gejala sosial dapat dilihat
Ilmu ditadah untuk dimanfaat
Agar sekalian hidup berkat

Duhai anak bangsa,
Setiap perbuatanmu dicatat malaikat
Amalanmu akan dihitung di akhirat
Kebajikanmu akan menjadi penyelamat
Moga bersama beroleh syafaat

~Sollu alan nabiy!

“Tegakkan Islam dalam diri maka akan tertegaklah Islam di atas muka bumi ini!”

Khairun Nisya Binti Shaharum
(Unit Penerangan & Penerbitan)