April 27, 2010
ZIARAH MAHABBAH
KAHERAH 25 APRIL Seramai 4 orang AJKT beserta penasihat dan bersama sebahagian ahli Kaherah telah turun ke Iskandariah bagi menziarahi sepasang pasangan suami isteri iaitu us Mohd Nasrul B.Abd Samad & ust Nur Ain Abd Rahman. Ini kerana pasangan tersebut baru sahaja menerima cahaya mata yang pertama.Semoga menjadi anak yang soleh amen.
April 18, 2010
TONTO - ZAGZIG
KAHERAH 17 APRIL - BKMIP telah mengadakan jaulah AJKT kali pertama ke TONTO dan ZAGZIG. Seramai sebelas orang ajkt ikhwah termasuk dua orang penasihat. Manakala disebelah akhawat pula seramai sepuluh orang termasuk penasihat. Dua orang ajkt yang tidak dapat hadir ialah Mohd Faisal dan Tuan Muhammad Akmalhakim.
Kami bertolak pada jam 10 pagi ke destinasi pertama iaitu TONTO dan tiba disana pada jam 12 tengahari.Di sana,kami disambut oleh us Aliuddin sebagai mandub. Majlis bermula jam 1.30 tengahari, antara agenda yang dibawa ialah :
1) Sesi Taaruf Ajkt dan sedikit gerak kerja
2) Slot bersama TYDP mengenai program - program yang akan dijalankan pada fasa dua
3) Sesi soal jawab bersama ahli
4) Ucapan penangguhan dari YDP
5) Tayangan slide show
Kemudian jam 4.30 petang kami bertolak ke destinasi yang terkahir iaitu ZAGZIG.Perjalanan dari Tonto ke Zagzig mengambil masa selama 1jam 30 minit. Setibanya kami disana, kami disambut baik oleh mandub Zagzig iaitu us Azwan Hafis. Tepat jam 6.15 majlis bermula dan berakhir pada jam 7.30 malam. Agenda yang dibawa sama seperti di Tonto. Jam 7.45 malam kami bertolak pulang ke Kaherah.
Kami berharap agar jaulah pada kali ini dapat meribat tautan ukhuwwah antara ajkt dan ahli.
March 9, 2010
KUNJUNGAN HORMAT KE MARKAZ HEWI PMRAM
December 26, 2009
December 4, 2009
Laporan Aidiladha 2009/2010
Pengarah : Ustaz Ahmad Hakim b. Samsudin
Tim. Pengarah : Ustazah Siti Farhana bt Abd Razak
Tim. Pengarah : Ustazah Siti Farhana bt Abd Razak
Tema : "TADHIYYAH DICERNA WEHDAH DIJANA"
27 NOVEMBER 2009 bersamaan 20 Zulhijjah 1430 H, sekali lagi Allah membuka ruang kepada umat Islam di seluruh dunia merayakan hari yang bersejarah dan penuh kemuliaan ini. Tidak ketinggalan, Badan Kebajikan Mahasiswa/wi Islam Pahang (BKMIP) juga membuat sambutan pada 29 NOVEMBER bagi meraikan kemeriahan Aidil Adha di bumi Mesir.
Pada tahun ini, BKMIP dengan kerjasama Pengurusan Yayasan Pahang Kaherah telah berjaya menyediakan sebanyak 1 ekor unta, 1 ekor lembu dan 4 ekor kambing untuk dijadikan korban. Seawal jam 7.00 pagi, pelajar ikhwah mula berpusu-pusu turun ke kandang binatang korban. Acara korban dimulakan pada jam 7.30 pagi. Seterusnya acara melapah daging korban beramai-ramai dilangsungkan di Dataran Kompleks Pahang. Sementara daging korban dilapah, pelajar perempuan sibuk bergotong royong membuat persiapan untuk acara dewan. Pada sebelah petangnya pula, pelajar ikhwah bergotong-royong memasak daging korban tersebut.
Seusai solat isyak bermulalah acara dewan yang dinanti-nantikan. Kehadiran ahli BKMIP pada kali ini agak memberangsangkan iaitu dengan kehadiran ramai pelajar dirasat dan perubatan yang dianggarkan hampir 200 orang. Ini kerana sambutan Aidil Adha kali ini menyajikan persembahan yang berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya. Kehadiran jemputan VIP tiba seawal jam 8.00 malam. Antara jemputan yang hadir, Pegawai Atase Pendidikan Yayasan Pahang,Encik Ahmad Fared b. Mohd Din dan sekeluarga, President PMRAM Us Abdul Muiz b. Mohamad serta beberapa orang Badan Pengurus dan Hewi PMRAM yang lain.
Acara kemuncak yang dinanti telah pun tiba. Persembahan daripada En. Mohd Fared mendapat tepukan dan sorokan yang gemuruh daripada ahli BKMIP yang hadir.Beliau telah mendendangkan sebuah lagu nasyid yang telah dipopularkan oleh kumpulan BROTHERS, ditujukan khas buat isteri yang tercinta.Seterusnya beliau mendeklamasikan syair arab yang bertajuk Al-Hub.
Di samping itu turut dimeriahkan lagi dengan persembahan Ajkt ikhwah tahun ini. Malah pelajar- pelajar baru juga mengambil kesempatan dengan membuat persembahan pentomen yang mendapat sambutan dan persembahan nasyid dari kumpulan Syabab Al – Makmur. Berakhir kesemua persembahan, para jemputan dan ahli dihidangkan dengan sajian yang menyelarakan antaranya ialah kurma unta, rendang daging , gulai kambing, acar sayuran dan sedikit kuih raya.
Lewat jam 11.30 malam ahli BKMIP mula mengosongkan dewan pulang ke destinasi masing-masing.Semoga keindahan Aidil Adha kali ini akan sentiasa tersemat dihati kami selamanya dan mendapat keberkatan dariNYA. AMEEN YA RAB…
Subscribe to:
Posts (Atom)
