March 29, 2019

MAHASISWA/I GENERASI ULUL ALBAB


Oleh: - Ustazah Atee Nadirah binti Mohd Nizam
Unit Pendidikan & Pengetahuan BKMIP sesi 2018/2019 



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Segala puji bagi Allah sekalian, pencipta segala makhluk, sungguh tidak ada tuhan selain Dia . Seterusnya selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammas SAW serta keluarga baginda dan para pengikutnya dengan penuh ihsan hingga hari kiamat.

Perkataan ‘Ulul Albab’ mungkin tidak begitu dikenali seperti kisah ‘Ahmad Albab’ dari filem arahan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, namun individu-individu yang berkarakter Ulul Albab merupakan mereka-mereka yang sangat popular dari kalangan komuniti zaman kegemilangan Islam pada suatu masa dahulu.

Percayalah sekiranya mereka-mereka ini yang akan memimpin tampuk permerintahan sebagai indidvidu yang mencerminkan budaya Ulul Albab yang mengamalkan Al-Quran, pasti dunia ini akan digegarkan dengan satu revolusi ketamadunan yang sangat radikal , yang menginjak paradigma yang selama ini tersimpang sesat kepada yang benar lagi tepat.


Firman Allah SWT dalam di Al-Quran , surah Al-Baqarah ayat 269 :

 الحكمة من يشأء ومن يؤت الحكمة فقد أوتي خيرا كثيرا وما يذكر الا أولو الألبب  يؤتي

Maksudnya: “Allah memberikan hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran ( dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.”


Allah SWT menggelarkan golongan orang yang berilmu dengan pelbagai gelaran mulia yang mengambarkan kemuliaan dan ketinggian seseorang itu di sisi Allah SWT dan makhluknya. Daya usaha memperolehi ilmu melalui pelbagai saluran sedia ada dan pancaindera kurniaan Allah SWT yang membimbing ke arah mengenal dan mengakui ketauhidan Rabbu Izzah. Dengan begitu pentingnya ilmu dan akal, perkataan ilmu telah disebut sebanyak 800 kali dan akal sebanyak 49 kali di dalam Al Quran.

Penguasaan ilmu oleh orang Islam boleh melahirkan modal insan yang menguasai cabang ilmu dunia dan akhirat secara sempurna serta bersepadu untuk umat yang maju seperti yang disebut di dalam Al Quran sebagai Ulul Albab.



Selain itu, sebagai mahasiswa yang juga merupakan nilaian Ulul Albab kerana maksud Ulul Albab dapat diertikan sebagai Orang-Orang yang Berfikir, Orang-Orang yang Mengambil Iktibar,Orang-Orang yang Berakal Sempurna mampu menjadi modal insan yang mempunyai ketinggian tamadun keilmuan yang telah dibentuk dari kecil dan digarap sempurna bagi melahirkan cendakiawan Islam yang cemerlang.



Hakikat Allah telah melebarkan alam ini sebagai hamparan untuk kita meneladani suatu pelajaran dan gedung yang sentiasa terbuka untuk direnung, dikaji,difahami dan diinsafi isinya. Keseluruhan lautan tanda kebesaran Allah. Allah telah memprogram alam ini sebagai sumber ketakwaan bagi mereka yang mahu berfikir.

Firman Allah SWT dalam surah Ali- Imran ayat 190-191 yang bermaksud :

 “ Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat) bagi Ulul Albab (orang yang berakal). (Iaitu) orang yang menyebut dan mengingati Allah ketika berdiri, duduk dan ketika mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan mengenai kejadian langit dan bumi (sambil berkata),”Wahai Tuhan kami! Tidak Engkau menjadikan kesemua ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, peliharalah kami daripada azab mereka.”

Rasulullah SAW sendiri memandang ilmu sesuatu yang penting dan perlu disebarkan. Ini berikutan sabda Nabi SAW :

“ Sesiapa yang disoal tentang sesuatu ilmu, lalu ia menyembunyikannya ia akan dikekang mulutnya pada hari kiamat dengan kekangan dari api neraka.”
(Hadis Riwayat Tarmizi)


Maka mahasiswa Ulul Albab adalah orang yang mempunyai ciri - ciri kekuatan intelektual dan spiritual. Antaranya,

1) Menjaga kesihatan
2) Beristirehat scara efektif
3) Emosi yang stabil
4) Sanggup berkorban dan berubah
5) Sentiasa bermotivasi untuk berjaya
6) Bertawakal, syukur dan tawaduk
7) Hormati ibu bapa dan guru-guru
8) Terlibat dalam aktiviti kokurikulum
9) Berakhlak dan beragama

Allah SWT tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia. Maka mahasiswa juga perlu ada matlatmat dan niat yang jelas. Maka niatkanlah segala perbuatan dan amal demi kebaikan, kebaikan kepada orang lain dan demi menghentikan kejahatan itu sendiri. Lakukanlah dengan bersungguh-sungguh demi mencapai target serta hala tuju yang sebenar kerana ianya adalah jaaln yang terbaik menuju kecemerlangan yang hakiki.

Seterusnya, daripada perkara-perkara di atas menjelaskan bahawa mahasiswa Ulul Albab seharusnya mempunyai sikap perubah demi terciptanya suatu perubahan yang lebih baik menurut Islam serta mahasiswa sebeginisangat-sangat diperlukan demi mencipta perubahan.




Kesimpulannya, mahasiwa Ulul Albab perlu menjadi the director of change dimana merupakan qudwah atau pemimpin perubahan tanpa dikawal oleh pihak lain.
Mereka hanya berpegang teguh dengan keimannan dan ketakwaan kepada Allah SWT.


No comments:

Post a Comment