July 20, 2012
Hari Keluarga BKMIP (USB '12)
KAHERAH, 20 Julai – Badan Kebajikan Mahasiswa / wi Islam Pahang ( BKMIP ) telah mengadakan program Hari Keluarga BKMIP 2012 pada 5,7 dan 9 Julai yang lalu,bertempat di Kompleks Yayasan Pahang yang berlangsung selama 3 hari.
Antara objektif program ini ialah mengerat dan mengukuhkan ukhuwah dI kalangan ahli BKMIP.Juga untuk mencungkil bakat - bakat baru dalam acara ilmiah dan sukan.Di samping itu,untuk membentuk semangat berpasukan dan saling bekerjasama dan melahirkan mahasiswa yang berketerampilan dalam kehidupan bermasyarakat.
Program yang bertemakan “ Under Broadcasting System ” (USB ’12) sebagai line internet di Mesir sebagai Media penghubung.Selain itu juga,Etisalat, Vodafone, Mobinil dan TE- Data sebagai tema setiap kumpulan.
Pada 7 Julai,antara acara yang dipertandingkan bagi akhawat ialah Musang Berjanggut, Seni Si Bisu ,Nur Ilahi ,Celoteh, Internasional Knowledge, Aksi Bluehippo, Tongkang Pecah dan Nasib Si Buta bagi acara indoor yang berlangsung pada jam 8.15 pagi sehingga jam 11.30 pagi.Kemudian acara diteruskan lagi,pada sebelah petang bermula pada jam 4.30 petang dan berakhir pada jam 6.30 petang dengan acara outdoor yang diberi nama “family outing” yang dijalankan di Hadiqah Atfal.
Pada 9 Julai,telah diadakan perasmian penutup yang disampaikan oleh Pegawai Atase Pendidikan Yayasan Pahang kaherah iaitu Al-fadhil Ustaz Khairul Anuwar Haji Abu Bakar. Ahli keluarga beliau turut hadir bersama dalam majlis tersebut.Majlis dimulai dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh pemenang tilawah ikhwah.Kemudian, dimeriahkan lagi dengan sesi Ramah Mesra bersama beliau sebagai Pegawai Atase yang baru.Kemudian diserikan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang dan tayangan video sepanjang program berlangsung.Selain itu,sedikit jamuan telah disediakan dan majlis berakhir pada jam 11.30 malam.
Seni Budaya Pahang (SEDAP)
Jumaat, 29 Jun 2012 – Seni Budaya Pahang (SEDAP) anjuran UKKS (Unit Kesenian Kebudayaan & Sukan) Hewi BKMIP telah berjaya dilaksanakan di Dewan Syeikh Abdul Halim Mahmud, Pahang.Aktiviti ini bertujuan untuk lebih mengeratkan hubungan bersama dalam perkongsian idea yang kreatif dan kritis.
Antara pertandingan yang diadakan adalah pertandingan memasak dan busana muslimah B.I.C (Beautiful,Impressive,Courteous)
Pertandingan memasak bermula pada jam 5.00 petang sehingga jam 6.45 petang.Sebanyak 11 buah rumah yang mengambil bahagian dalam acara tersebut. Johan telah dimenangi oleh rumah C 502,manakala naib johan disandang oleh rumah C501 seterusnya rumah C402 mendapat tempat ketiga.
Selepas maghrib, acara menjamu selera bersama bagi setiap menu yang dipertandingkan.Kemudian B.I.C diadakan pada jam 9.45 malam sehingga 11.00 malam.Antara fesyen yang digayakan adalah pekerja pejabat ,pelajar, pengantin dan fesyen ketika menghadiri majlis.Sebanyak 7 buah rumah yang terlibat.Johan dimenangi oleh rumah C401,naib johan C303 dan tempat ketiga oleh rumah C502.
“Semoga ukhwah sesama ahli siswi BKMIP terjalin hingga ke syurga yang abadi atas dasar kefahaman islam yang jelas, bukan atas kehendak peribadi, Uhibbukunna Fillah” Ujar Saudari Nor Atiqah bt Hasnol selaku UKKS hewi BKMIP.

July 9, 2012
June 27, 2012
Kalam pimpinan
بسم الله الرحمن الوحيم
الحمد لله
رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين,
سبحانك لا علم لنا الا ما علمتنا انك أنت العليم الحكيم.
أما بعد..
قال الله تعالى :-
( ليس عليكم جناح أن تبتغوا فضلا من ربكم فاذآ أفضتم من
عرفت فاذكروا الله عند المشعر الحرام واذكروه كما هدىكم وان كنتم من قبله لمن
الضآلين )
Ertinya :
Tidak ada dosa bagi kamu mencari kurnia (rezeki berupa hasil perniagaan) dari Rabb mu. Maka apabila kamu telah bertolak dari Arafah , berzikirlah kepada Allah sebagaimana yang telah ditunjukkan olehNya kepadamu, dan (ketahuilah) sesungguhnya kamu sebelum itu benar-benar termasuk orang-orang yang sesat.
Sabda Baginda Nabi di dalam Hadith Sohih :-
Dari Al – Miqdam, dari Nabi s.a.w bersabda: Tiada makanan bagi individu yang lebih baik dari makanan hasil usaha sendiri & sesungguhnya Nabi Allah Daud a.s makan dari usahanya sendiri. ( Riwayat Bukhari )
Ayat Al- Quran dan hadis Nabi s.a.w ini jelas membuktikan kepentingan berekonomi. Islam sentiasa menggalakkan umatnya mempunyai kekuatan ekonomi demi untuk mengembangkan dakwah islamiah ke seluruh dunia.
Kekuatan kewangan adalah tunjang kepada sesebuah pertubuhan bagi melancarkan gerak kerja organisasi. Realitinya BKMIP (Badan Kebajikan Mahasiswa/wi Islam Pahang) adalah sebuah organisasi yang tiada peruntukan khusus untuk bergerak dalam menghidupkan pelbagai aktiviti.
Oleh itu, JBE ( Jabatan Bertindak Ekonomi ) adalah satu wasilah daripada peninggalan ahli terdahulu yang telah ditubuhkan pada tahun 2008 di dalam usul MAT BKMIP ( Mesyuarat Agung Tahunan ) pada tahun 2007 oleh ahli yang amat prihatin dan cakna akan permasalahan ini.
Sekarang JBE amat memerlukan tenaga penggerak dalam membantu dan memepertingkatkan ekonomi BKMIP. Marilah sama-sama kita berganding bahu untuk meneruskan dan menyambung perjuangan mereka untuk ekonomi islam dengan menyibukkan diri dengan kerja-kerja islam.
Pepatah arab ada menyebut: Nafsu kamu jika tidak disibukkan dengan Allah (urusan kebenaran), maka ia akan menyibukkan kamu dengan urusan kebatilan.

Jadi saya selaku wakil dari BKMIP ingin mengucapkan Jazakumullahu khoiral jaza’ kepada semua ahli BKMIP khususnya kepada yang bertungkus lumus dalam membantu JBE.Moga Allah dapat membalas jasa baik, merahmati dan memberkati kalian dunia & akhirat.
Suka juga saya memetik kalam BP(Badan Pengurus) angkat kita Saudara Muhammad Syazwan bin Hamzah, yang menyatakan daripada Sheikh Imam Said Al Khurazi, Asas kekuatan ada 3 perkara :
- Keikhlasan
- Kesabaran
- Kebenaran
Keikhlasan tidak sempurna tanpa kesabaran, kesabaran tidak sempurna tanpa kebenaran dan begitulah ke tiga-tiganya perlu ada untuk saling melengkapi yang mana ia akan memberi kekuatan pada kita dari sudut rohani dan jasmani.
Akhir kalam, majulah ekonomi untuk islam. Sempena imtihan yang baru sahaja berlalu, semoga kejayaan milik bersama.Setelah berusaha sehabis daya seterusnya diringi dengan tawakkal mudah-mudahan Allah membuka jalan yang terbaik untuk hamba-hambaNya.
Nur hanisah Che Ahmad
Bendahari Hewi 2011/2012
March 7, 2012
Menarik di "Nafsah 12"
Antara pengisi Nadwah Fiqh Khamsah 2012 ( NAFSAH 12 ) , hadiah untuk peserta terbaik turut disediakan, untuk makluman ahli BKMIP, kami bagi Pihak BKMIP sesi 2011/2012 akan melancarkan Pelancaran Pertandingan Bait Mithali oleh Biro & Unit Perumahan & Kebajikan.....semua dialu-alukan untuk mendaftar sebagai peserta NAFSAH 12...moga sahabat2 dapat memahami dengan jelas tentang fiqh-fiqh yang akan dibentangkan....'Aplikasi Pengetahuan, Asimilasi Pemikiran'....:)
Subscribe to:
Posts (Atom)