December 26, 2010

KALAM TAUJIHAT IMTIHAN NAIB PENGERUSI HEWI BKMIP SESI 2010/2011

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Allah S.W.T Tuhan sekalian alam yang mengajar manusia dengan pena dan mengajar manusia erti perjuangan.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW,kaum keluarga,dan para sahabat serta orang-orang yang mengikut jejak langkah mereka hingga hari akhirat.

Selawat kesyukuran dipersembahkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya ana diberi ruang dan kesempatan untuk mencoret kalam sempena imtihan yang semakin hampir dengan kita.Setiap orang akan menghadapi saat kematian dan sudah semestinya kita perlu kepada persedian untuk menghadapinya saat itu.Begitu juga imtihan yang semakin hampir perlu kepada persedian untuk kita menempuhnya…bagaimana persedian kita?????.Jangan takut dan gentar masih ada waktu untuk kita membuat persedian selagi mana imtihan belum menjelma dan kesungguhan yang berlipat kali ganda.

Sahabat-sahabat yang ana kasihi kerana Allah,

Sindrom masa imtihan ialah cuba untuk “SIFAR MAKSIAT” alhamdulilah dan sangat bagus apabila kita berusaha untuk mengurangkan segala yang tidak syarie tetapi yang menjadi kepelikan ana ialah mengapa waktu imtihan semakin menjelang dan fatrah imtihan sahaja iman kita yazidddd dan selepas imtihan ke mana kita???tepuk dada tanyalah iman kita???.Cuba kita renung-renungkan.

Dalam fatrah semakin hampir dengan imtihan pelbagai perasaan datang terutamanya mereka yang pernah mengalami kegagalan.Ana optimis mereka akan merasa futur dan sindrom putus asa ini biasa berlaku terutama dalam fatrah sekarang.Sabarlah wahai sahabat-sahabat yang ana kasihi,semuanya pasti ada hikmah yang tidak kita ketahui dan janji Allah itu pasti.Kita seharusnya senantisa berfikiran positif dan mengunakan medium kegagalan kita sebagai batu loncatan kita untuk mendapat kejayaan yang lebih cemerlang,gemilang dan terbilang.Ujian kegagalan adalah tarbiyah untuk diri kita semua untuk lebih tabah dan sabar untuk menghadapinya.

Kempen “SKOR MUMTAZ” adalah rentetan dari kempen “SIFAR ROSIB”.Ayuh sahabat-sahabat sekalian untuk kita merealisasikan kempen ini.Kejayaan kita sekarang adalah untuk masa depan ISLAM akan datang.Sama-samalah kita memohon kepada Ilahi agar kejayaan milik kita semua yang menuntut ilmu Allah di bumi MESIR ini khususnya anak-anak Pahang di sini.

Sahabat-sahabat seperjuangan sekalian,

Orang yang berjaya, Ialah orang yang berbaik sangka dengan usahanya,

Dan menjangkakan akan berjaya,Apa yang disangka dan dijangkakan itulah doa dalam senyap.

(Kalam Razzi Ar-Mansur)


SAMSIAH BT. MOHD SALLEH,
NAIB PENGERUSI HEWI BKMIP 10/11

No comments:

Post a Comment