“Kami
adalah satu kaum yang telah dimuliakan oleh Allah kerana ISLAM, andai kami
mencari sesuatu kaum yang selain daripada ISLAM, pasti kami akan dihina ALLAH”
“Apabila
kamu berasa letih kerana berbuat kebajikan, maka sesungguhnya keletihan itu
akan hilang. Dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal dan sekiranya kamu
berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa
yang dilakukan akan terus kekal. (Saidina Ali)
-Nur Ateyya Nuha Binti Azri
(Naib Pengerusi Hewi)
“Ketika burung
hidup, semut adalah makanannya. Tetapi apabila burung mati, semut memakannya
pula. Sebatang pokok boleh dijadikan berjuta mancis tetapi hanya perlu sebatang
mancis untuk membakar berjuta pokok.”
“Keadaan
boleh berubah dalam sekelip mata. Jangan sesekali melukakan atau menyusahkn
seseorang dalam hidup ini.”
“Kamu
mungkin berkuasa hari ini, tetapi masa adalah lebih berkuasa daripada kamu.”
-Nor Suriani Binti Mutamam
(Unit Perumahan &
Kebajikan)
Andai
rebah, sedarlah
Andai
jatuh, bangkitlah,
Andai
mundur, maralah
Kerana
ujian takkan bermakna
Mahasiswa
yang memakai tanda nama Islam tidak akan hidup seperti robot yang diprogramkan
dan hanya bergerak mengikut program yang ditetapkan serta tidak akan bertindak
lebih dari itu. Usaha untuk bangkitkan ummah perlu dianjak dan digilap lebih
lagi bagi menjamin masa depan Islam itu sendiri. Jadi bangkitlah wahai
mahasiswa dan tanamkan dalam diri, aku wajib meyakini masa hadapanku adalah
untuk Islam!!
Duhai remaja,
Manfaatkanlah
usiamu yang muda
Sayangnya
jika kau berikan segala
Pada yang
bukan haknya
Duhai sahabat,
Keringat
& kognitifmu diperlukan masyarakat amnya
Untuk
menampung kelompongan yang ada
Dunia hari
ini semakin hari semakin tua
Siapa lagi
yang akan merawatnya kalau bukan kita
Duhai
azhari/ah,
Kepulangan
kau dinanti mengislah masyarakat
Pelbagai
gejala sosial dapat dilihat
Ilmu
ditadah untuk dimanfaat
Agar
sekalian hidup berkat
Duhai anak
bangsa,
Setiap
perbuatanmu dicatat malaikat
Amalanmu
akan dihitung di akhirat
Kebajikanmu
akan menjadi penyelamat
Moga
bersama beroleh syafaat
~Sollu
alan nabiy!
“Tegakkan
Islam dalam diri maka akan tertegaklah Islam di atas muka bumi ini!”
Khairun
Nisya Binti Shaharum
(Unit
Penerangan & Penerbitan)