July 6, 2013

Mewarnai Peribadi Muslim di Bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mulia, bahkan ia merupakan sebuah universiti  untuk membinajiwa dan raga dalam mendekatkan diri kepada Allah SWT. Banyak hadis dan ayat Al Quran menjelaskan tentang kelebihan bulan Ramadhan ini diantaranya:

Pintu langit dibuka:

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibukakanlah pintu-pintu langit dan ditutupkan pintu-pintu neraka dan diikatlah semua syaitan.”
                                                                                                                                (Riwayat Bukhari dan Muslim)

• Pintu-pintu syurga dibuka

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Pada malam pertama bulan Ramadhan diikatlah semua syaitan dan jin dan ditutuplah semua pintu-pintu neraka dan tidak dibuka satu pintu pun darinya. Dan dibukakanlah pintu-pintu syurga dan tidaklah ditutup satu pun darinya. Maka berserulah penyeru; Wahai orang yang melakukan kebaikan hampirlah kamu, wahai orang yang melakukankejahatan undurlah kamu. Dan sesungguhnya Allah mempunyai ahli neraka yang dibebaskan dan sedemikian itu berlaku pada setiap malam Ramadhan.”
                                                                                (Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah r.a.)

                Banyakkan amalan-amalan sunat dan laksanakan amalan wajib dengan sempurna. Beberapa potong  hadis ada disebutkan tentang diantara amalan-amalan yang perlu dilaksanakan agar memperolehi ketaqwaan. Namun sebelum melaksanakan semua amalan itu hendaklah mempersiapkan hati  dengan rasa penuh keikhlasan untuk beramal kerana Allah SWT semata. Rugi dan punah segala amalan kebajikan yang dikerjakan apabila segalanya dicemari dengan perkara-perkara keji.

                Antara amalan yang dianjurkan Rasulullah SAW sepanjang  bulan  yang penuh  keberkatan  ini  ialah  solat tarawih, perbanyakkan baca al-quran, saling membantu  sesama makhluk, sedakah jariah, memberikan hidangan berbuka puasa kepada orang-orang yang berpuasa terutamanya orang-orang miskin dan sebagainya. Kita juga dianjurkan  untuk memperbanyakkan zikirullahh, memohon keampunan dengan bertaubat dan beristighfar, memohon memperoleh syurga Allah di akhirat kelak dan mohon perlindungan dari api neraka. Tinggalkan segala kemungkaran dan maksiat dan kerapkan bermujahadah agar diri dan jiwa sentiasa suci dari segala kerosakkan.

Manakala ganjaran pahala mereka yang mengerjakan amal ibadah dalam bulan Ramadhan adalah berlipat-ganda berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Ibadah sunat diberi  ganjaran seperti  ibadah fardhu manakala ibadah fardhu diberi pahala sehingga tujuh puluh kali ganda. Pada keseluruhannya, bulan Ramadhan ini terbahagi kepada tiga bahagian:

1. Untuk mendapat rahmat Allah s.w.t yang mencurah-curah.
2. Untuk mendapat keampunan Allah s.w.t.
3. Untuk mendapat pelepasan dari azab neraka.


Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam hari di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan ikhlas, maka Allah mengampunkan segala dosanya yang telah lalu.”
                                                                                                                                                (Hadis riwayat Bukhari)
                Semoga  sepanjang  kurniaan  nikmat  untuk  kita  bersama  bulan  Ramadhan  pada  kali  ini  dimanfaatkan  dengan   amalan-amalan  yang  boleh  mendapat  reda  Allah SWT  dan  memberi kerahmatan  kepada  sekalian  makhluk  ciptaaNYA.


SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK

July 20, 2012

Hari Keluarga BKMIP (USB '12)


KAHERAH, 20 Julai – Badan Kebajikan Mahasiswa / wi Islam Pahang ( BKMIP ) telah mengadakan program Hari Keluarga BKMIP 2012 pada 5,7 dan 9 Julai yang lalu,bertempat di Kompleks Yayasan Pahang yang berlangsung selama 3 hari.

         Antara objektif program ini ialah mengerat dan mengukuhkan ukhuwah dI kalangan ahli BKMIP.Juga  untuk mencungkil bakat - bakat baru dalam acara ilmiah dan sukan.Di samping itu,untuk membentuk semangat berpasukan dan saling bekerjasama dan melahirkan mahasiswa yang berketerampilan dalam kehidupan bermasyarakat.

        Program yang bertemakan “ Under Broadcasting System ” (USB ’12) sebagai line internet di Mesir sebagai Media penghubung.Selain itu juga,Etisalat, Vodafone, Mobinil dan TE- Data sebagai tema setiap kumpulan.

        Pada 7 Julai,antara acara yang dipertandingkan bagi akhawat ialah Musang Berjanggut, Seni Si Bisu ,Nur Ilahi ,Celoteh, Internasional Knowledge, Aksi Bluehippo, Tongkang Pecah dan Nasib Si Buta bagi acara indoor yang berlangsung pada jam 8.15 pagi sehingga jam 11.30 pagi.Kemudian acara diteruskan lagi,pada sebelah petang bermula pada jam 4.30 petang dan berakhir pada jam 6.30 petang dengan acara outdoor yang diberi nama “family outing” yang dijalankan di Hadiqah Atfal.  

Pada 9 Julai,telah diadakan perasmian penutup yang disampaikan oleh Pegawai Atase Pendidikan Yayasan Pahang kaherah iaitu Al-fadhil Ustaz Khairul Anuwar Haji Abu Bakar. Ahli keluarga beliau turut hadir bersama dalam majlis tersebut.Majlis dimulai dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh pemenang tilawah ikhwah.Kemudian, dimeriahkan lagi dengan sesi  Ramah Mesra bersama beliau sebagai Pegawai Atase yang baru.Kemudian diserikan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang dan tayangan video sepanjang program berlangsung.Selain itu,sedikit jamuan telah disediakan dan majlis berakhir pada jam 11.30 malam.  

Seni Budaya Pahang (SEDAP)

Jumaat, 29 Jun 2012 – Seni Budaya Pahang (SEDAP) anjuran UKKS (Unit Kesenian Kebudayaan & Sukan) Hewi BKMIP telah berjaya dilaksanakan  di Dewan Syeikh Abdul Halim Mahmud, Pahang.Aktiviti ini bertujuan untuk lebih mengeratkan hubungan bersama dalam perkongsian idea yang kreatif dan kritis.
       
         Antara pertandingan yang diadakan adalah pertandingan memasak dan busana muslimah B.I.C (Beautiful,Impressive,Courteous)
       
         Pertandingan memasak bermula pada jam 5.00 petang sehingga jam 6.45 petang.Sebanyak 11 buah rumah yang mengambil bahagian dalam acara tersebut. Johan telah dimenangi oleh rumah C 502,manakala naib johan  disandang oleh rumah C501 seterusnya rumah C402 mendapat tempat ketiga.
      
         Selepas maghrib, acara menjamu selera bersama bagi setiap menu yang dipertandingkan.Kemudian B.I.C  diadakan pada jam 9.45 malam sehingga 11.00 malam.Antara fesyen yang digayakan adalah pekerja pejabat ,pelajar, pengantin dan fesyen ketika menghadiri majlis.Sebanyak  7 buah rumah yang terlibat.Johan dimenangi oleh rumah C401,naib johan C303 dan tempat  ketiga oleh rumah C502.
     
 “Semoga ukhwah sesama ahli siswi BKMIP terjalin hingga ke syurga yang abadi atas dasar kefahaman islam yang jelas, bukan atas kehendak peribadi, Uhibbukunna Fillah” Ujar Saudari  Nor Atiqah bt Hasnol selaku UKKS hewi BKMIP.