Bulan
Ramadhan merupakan bulan yang mulia, bahkan ia merupakan sebuah universiti untuk membinajiwa dan raga dalam mendekatkan
diri kepada Allah SWT. Banyak hadis dan ayat Al Quran menjelaskan tentang
kelebihan bulan Ramadhan ini diantaranya:
Pintu langit dibuka:
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibukakanlah pintu-pintu langit dan ditutupkan pintu-pintu neraka dan diikatlah semua syaitan.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
• Pintu-pintu syurga dibuka
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Pada malam pertama bulan Ramadhan diikatlah semua syaitan dan jin dan ditutuplah semua pintu-pintu neraka dan tidak dibuka satu pintu pun darinya. Dan dibukakanlah pintu-pintu syurga dan tidaklah ditutup satu pun darinya. Maka berserulah penyeru; Wahai orang yang melakukan kebaikan hampirlah kamu, wahai orang yang melakukankejahatan undurlah kamu. Dan sesungguhnya Allah mempunyai ahli neraka yang dibebaskan dan sedemikian itu berlaku pada setiap malam Ramadhan.”
(Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah r.a.)
Banyakkan amalan-amalan sunat dan laksanakan amalan wajib dengan sempurna. Beberapa potong hadis ada disebutkan tentang diantara amalan-amalan yang perlu dilaksanakan agar memperolehi ketaqwaan. Namun sebelum melaksanakan semua amalan itu hendaklah mempersiapkan hati dengan rasa penuh keikhlasan untuk beramal kerana Allah SWT semata. Rugi dan punah segala amalan kebajikan yang dikerjakan apabila segalanya dicemari dengan perkara-perkara keji.
Antara amalan yang dianjurkan
Rasulullah SAW sepanjang bulan yang penuh
keberkatan ini ialah
solat tarawih, perbanyakkan baca al-quran, saling membantu sesama makhluk, sedakah jariah, memberikan hidangan
berbuka puasa kepada orang-orang yang berpuasa terutamanya orang-orang miskin
dan sebagainya. Kita juga dianjurkan
untuk memperbanyakkan zikirullahh, memohon keampunan dengan bertaubat
dan beristighfar, memohon memperoleh syurga Allah di akhirat kelak dan mohon
perlindungan dari api neraka. Tinggalkan segala kemungkaran dan maksiat dan
kerapkan bermujahadah agar diri dan jiwa sentiasa suci dari segala kerosakkan.
Manakala ganjaran pahala mereka yang mengerjakan amal ibadah dalam bulan Ramadhan adalah berlipat-ganda berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Ibadah sunat diberi ganjaran seperti ibadah fardhu manakala ibadah fardhu diberi pahala sehingga tujuh puluh kali ganda. Pada keseluruhannya, bulan Ramadhan ini terbahagi kepada tiga bahagian:
1. Untuk mendapat rahmat Allah s.w.t yang mencurah-curah.
2. Untuk mendapat keampunan Allah s.w.t.
3. Untuk mendapat pelepasan dari azab neraka.
Sabda Rasulullah
s.a.w. yang bermaksud:
“Sesiapa yang
mendirikan solat (Tarawih) pada malam hari di bulan Ramadhan dengan penuh
keimanan dan ikhlas, maka Allah mengampunkan segala dosanya yang telah lalu.”
(Hadis riwayat Bukhari)
(Hadis riwayat Bukhari)
Semoga sepanjang
kurniaan nikmat untuk
kita bersama bulan Ramadhan pada
kali ini dimanfaatkan
dengan amalan-amalan yang
boleh mendapat reda
Allah SWT dan memberi kerahmatan kepada
sekalian makhluk ciptaaNYA.
SALAM RAMADHAN
AL-MUBARAK