KAHERAH, - Keberkesanan medium penulisan kini semakin boleh diterima oleh
masyarakat tidak kira daripada pelbagai latar belakang.
Kemajuan yang dikecapi oleh masyarakat dewasa kini memberi peluang
kepada kita dalam mengaplikasikan dakwah kepada khalayak umum.
Tidak mustahil melalui platform penulisan juga, mampu melestarikan
ilmu pengetahuan dalam teori dan praktikal.
Kelahiran Penulis Muda bukanlah satu perkara yang asing masa kini
kerana percambahan ideologi dan prinsip membantu peningkatan
yang semaksima mungkin dalam arena penulisan
tempatan dan global.
Peringkat PMRAM juga tidak memandang enteng keperluan ini
apabila berjaya menganjurkan " Seminar Penulis Azhari "
pada Isnin yang lalu dengan kerjasama
PTS Media Group.
" Jadikan penulisan sebagai satu rutin harian bagi
generasi mahasiswa Islam. Ini kerana satu kewajipan
bagi kita sebagai mahasiswa berkongsi serba sedikit ilmu
dipelajari kepada masyarakat diluar sekaligus dapat
dikongsikan bersama manfaat "
ujar Presiden PMRAM dalam ucapan perasmian pembukaan
Seminar Penulis Azhari yang lalu.
"Penulisan mampu membuka idea dan corak pemikiran lebih kreatif dan
kritis untuk perkongsian bersama pembaca" tambah beliau lagi.
Sumber PMRAM