PMRAM telah menghantar surat aduan berkenaan isu pembaharuan visa
yang berlaku beserta hasil bancian keperingkat kedutaan dan bertemu dengan Muqaddim Jalal,
Mudir di Pejabat Imigresen Mesir yang bertempat diMadinah El-Behoos El-Islamiah, Kaherah bagi menghantar surat aduan dan berbincang dengan lebih lanjut berkaitan tindakan penyelesaian yang dicadangkan di peringkat PMRAM.
PMRAM telah dimaklumkan bahawa hari urusan visa bagi pelajar Malaysia telah ditambah kepada dua hari iaitu pada hari Sabtu dan Ahad berbanding sebelum ini di mana pelajar Malaysia hanya boleh membuat urusan untuk memperbaharui visa pada hari sabtu sahaja.
PMRAM juga turut dimaklumkan, bagi mahasiswa dan mahasiswi yang telah mempunyai raqam atau tarikh pengesahan mereka digalakkan untuk SEGERA ke Pejabat Imigresen bagi mendapatkan cop pengesahan visa.
“Peruntukkan dua hari yang diberikan bagi mahasiswa dan mahasiswi Malaysia untuk melakukan urusan pembaharuan visa tentunya akan melegakan dan memberi keselesaan kepada seluruh Mahasiswa dan Mahasiswi untuk mendapatkan visa sekaligus dapat belajar dengan aman dan tenteram di bumi Mesir ini."
Sumber PMRAM