Kaherah, 22 Januari – Badan Kebajikan
Mahasiswa/wi Islam Pahang sesi 2012/2013 (BKMIP) di bawah Unit Dakwah dan Unit Kebudayaan,Kesenian
dan Sukan dengan kerjasama Unit Sambutan Mahasiswi Baru (USMB) telah mengadakan
program yang berbentuk santai iaitu ‘Jom Riadhah dan Picnic’.
Aktiviti ini bertujuan untuk merapatkan lagi
hubungan silaturrahim sesama mahasiswi Pahang justeru merehatkan minda setelah
sebulan menghadapi peperiksaan awal semester.Pada jam 8.30 pagi, mereka
bertolak ke Hadiqah Dauliyyah dengan penyertaan seramai 55 orang mahasiswi.
Program dimulakan pada jam 9.30 pagi dengan
bacaan Asma’ul Husna serta nyanyian lagu PMRAM. Tepat jam 10.00 pagi program
diteruskan dengan senaman dan beberapa permainan seperti Lukisan Rosak, Sambut
Cintaku, Berat Sama dipikul Ringan Sama dijinjing, Gempa Bumi, Simpulan Kasih
dan Bola Beracun versi gadis melayu.
Permainan tamat pada pukul 12.00 tengahari
disusuli dengan penyampaian hadiah kepada pemenang setiap kumpulan.Program
berakhir dengan sesi jamuan makan bersama ahli.Semoga tautan ukhwah yang
terbina ini mampu menguatkan lagi kesatuan BKMIP.
Sekitar jam 1.00 tengahari, mereka bertolak
pulang.
Terima kasih kepada semua mahasiswi yang
terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.Semoga
ukhuwah yang terjalin ini akan menambahkan lagi ketaqwaan kepada Allah SWT dan
dapat bersama meneruskan perjuangan Islam ini.
Kita PMRAM