March 27, 2019

MENGATASI MASALAH SOSIAL DENGAN CARA ISLAM


oleh: Unit Biah Solehah BKMIP sesi 2018/2019


    
Pada era globalisasi dan modenisasi yang dibawa oleh Barat ini sedikit sebanyak telah membawa kepada perubahan positif mahupun negatif akan tetapi umat manusia lebih terkesan dengan perubahan yang negatif terutama dari segi akhlak, pemikiran, dan sosial. Agama Islam pula sudah lama dinafikan peranannya dalam sebagai pengatur kehidupan manusia. Akibat daripada itu umat islam semakin rosak dan semakin jauh dengan ajaran Al-Quran dan As-Sunnah. Daripada realiti ini kita dapat melihat betapa banyaknya laporan di dada-dada akhbar mahupun media elektronik melaporkan kes-kes gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang melanda dalam masyarakat Islam terutama golongan muda pada tahap yang sangat membimbangkan.

  Masalah ini tidak hanya berlaku di Malaysia bahkan berlaku juga dalam kalangan masyarakat kita mahasiswa dan mahasiswi yang berada di Bumi Mesir ini. Hal ini kita dapat lihat melalui laporan statistik kes-kes besar Hisbah yang dikeluarkan oleh Majlis gabungan BKAN sepanjang bulan Oktober 2018 hingga Februari 2019.




PUNCA

   Sebelum kita membincangkan soal solusi dan penyelesaian, di sini terdapat beberapa punca keruntuhan akhlak dan gejala sosial yang dapat kita keluarkan antaranya :
1)    Kurangnya iman dan pegangan dalam mengamalkan ajaran Islam serta mematahi garis panduan yang telah Islam gariskan.

2)    Masyarakat Islam sekeliling yang tidak memainkan peranannya dalam melakukan amar makruf nahi mungkar dan bersikap individualistik atau tidak mahu mengambil tahu tentang orang lain. Lebih parah mereka menganggap amar makruf nahi mungkar adalah milik orang-orang berautoriti sahaja.

3)    Menormalisasikan budaya hedonisme yang telah meresapkan dalam diri mahasiswa dan mahasiswi menyebabkan mereka menganggap perkara tersebut sudah biasa dan tidak mengapa.


    ISLAM SEBAGAI SOLUSI

  Islam merupakan agama yang relevan sepanjang zaman, sejak dari zaman Nabi Muhammad S.A.W sehinggalah ke zaman kita pada hari ini. Di sini terdapat kita simpulkan beberapa solusi yang praktikal untuk menangani masalah-masalah sosial ini dan dibahagikan kepada dua peranan iaitu :

·  PERANAN DIRI

11)    Merasakan Allah S.W.T dan para malaikatnya sentiasa berada dekat dengan kita dan mencatit segala amal perbuatan baik dan buruk kita.

Firman Allah Taala dalam Surah Qaaf ayat 16 yang bermaksud :
“Dan sesungguhnya Kami tela menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya, (iaitu) ketika dua malaikat mencatat amal perbuatannya, satu duduk di sebelah kanan dan yang lain duduk di sebelah kiri. Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir”.

22)    Membaca ayat Allah yang mengancam perbuatan mungkar dan azab yang telah diberikan kepada umat terdahulu.

Firman Allah Taala tentang azab umat terdahulu dalam surah Fussilat ayat 13 yang bermaksud :
“Oleh itu, kalau mereka (yang mushrik) berpaling (daripada mengesakan Allah dan menurut jalan yang lurus), maka katakanlah (wahai Muhammad) Aku memberi amaran kepada kamu dengan (azab yang dahsyat, iaitu) petir, seperti petir yang telah menyambar kaum Aad dan kaum Tsamud”. 

33)    Membaca ayat Allah Taala tentang ganjaran orang mukmin yang mengikut perintahnya agar dapat memotivasikan diri dalam melakukan amal ibadat kepadaNya dan menambahkan keimanan.

Firman Allah Taala balasan bagi mereka yang beriman dalam surah Al-Bayyinah ayat 7-8 yang bermaksud :

“Sesungguhnya orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan mereka itu adalah sebail-baik makhluk (7). Balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah syurga ‘Adnin yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah redha terhadap mereka dan mereka pun redha kepadaNya. Yang demikian adalah balasan bagi mereka yang takut akan Tuhannya (8)”.

·  PERANAN MASYARAKAT (MAHASISWA DAN MAHASISWI)



11)    Sikap merasa tanggungjawab bersama dalam membanteras kemungkaran dan mengambil peduli akan keadaan sekeliling.

Firman Allah Taala dalam surah Ali Imran ayat 104 yang bermaksud :

“Dan hendaklah ada sekelompok umat yang menyeru kepada kebajikan (Islam) dan menyeru kepada makruf dan mencegah daripada yang mungkar, merekalah orang-orang yang beruntung”.

2)Menghidari sikap individualistik yang tidak membawa kepada kebaikan bersama.
3)Melaporkan kepada pihak-pihak berwajib sekiranya tidak mampu untuk menegur atau takut akan mudarat berlaku padanya.



KESIMPULAN

    Secara konklusinya, Islam itu sudah lama tersebar di muka bumi Allah S.W.T lalu diwarisi dari zaman ke zaman dan telah terbukti keagungan Islam dari pelbagai aspek bukan hanya tertumpu pada ibadah tetapi merangkumi seluruh kehidupan iaitu akhlak, sosial, politik, ilmu, dan kemasyarakatan. Dapat kita lihat bagaimana hebatnya zaman pemerintahan Rasulullah S.A.W dan Khulafa Ar-Rashidin memimpin dan mereka menyelesaikan masalah-masalah sesuai yang diajarkan Islam. Maka apabila Islam itu dilupakan semakin bertambahlah kemungkaran. Oleh itu, kita sebagai pelajar Islam yang mempelajari ilmu agama tidak dapat tidak harus mempraktikkan apa yang telah termaktub di dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Kerana jika bukan kita maka siapa lagi ?

No comments:

Post a Comment