March 24, 2019

SUKAN MEMANAH SATU SUNNAH

Memanah adalah sukan yang amat dianjurkan nabi. Rasulullah SAW sentiasa mengingatkan umatnya menjaga kesihatan, kuat serta terhindar daripada sebarang penyakit memudaratkan. Ini penting kerana kekuatan tenaga dan fizikal akan dapat melahirkan rasa gerun dalam kalangan musuh Islam yang sentiasa mengambil kesempatan untuk melakukan ancaman serta provokasi terhadap umat Islam.

Rasulullah SAW bersabda: “Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah berbanding daripada orang beriman yang lemah.” (Hadis riwayat Muslim)
Banyak hadis menyebut mengenai acara sukan yang sangat popular pada zaman Rasulullah SAW seperti memanah, menunggang kuda serta berenang.

Sabda Rasulullah SAW : “Lemparkanlah (lepaskanlah anak panah) dan tunggangilah (kuda).” (Riwayat Muslim)

Apakah keistimewaannya ?

Melatih emosi dan fizikal untuk meletakkan target pada sasaran. Memanah sangat menitik beratkan body balancing. Maka jika pemanah emosinya tertekan, maka panahan amat mudah tersasar. Secara tidak langsung, sukan ini melatih manusia bertenang dan menstabilkan emosi.

Individu yang tidak tenang, gopoh, pemarah, kurang sabar atau kurang sihat mentalnya tidak akan menjadi pemanah yang baik.

Perbuatan melenturkan anak panah di busurnya, kemudian melepaskannya perlu satu kekuatan fizikal, sukan ini juga satu latihan holistik kepada diri seseorang dari segi fizikal dan mental.

.....................................................................................................................................................

Unit Kebudayaan, Kesenian dan Sukan BKMIP baru baru ini telah mengadakan sukan memanah akhawat. Apabila dilihat secara keseluruhannya, para akhawat masih perlu latihan yang lebih banyak untuk menjadi pemanah yang terbaik. Sebahagian daripada mereka tidak pernah menyertai aktiviti memanah dan sebahagian yang lain mampu memanah hingga sampai ke busur 10. Tahniah ! Semoga aktiviti yang dijalankan ini dapat memberi pengalaman yang berharga buat kalian yang terlibat. Jumpa lagi di masa akan datang. :)



Peserta memanah


Tunjuk ajar sedang diberikan


Mendengar pengisian "Alfateh Generation"

No comments:

Post a Comment