May 9, 2011

Kuliah dhuha mampu tarik minat ahli

Dakwah adalah satu kewajipan atau tuntutan syara’ yang telah di fardhukan oleh Allah s.w.t atas muslim. Setiap umat yang mengaku dirinya adalah islam wajib keatasnya untuk berdakwah dalam apa jua bentuk atau bidang sekalipun. Firman Allah s.w .t dalam surah yusuf ayat 108 yang bermaksud “ katakanlah wahai Muhammad inilah jalanku,aku dan orang yang menurutku,menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas dan nyata. Dan aku menegaskan maha suci Allah ( dari segala I’tikad dan perbuatan syirik) dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan segala sesuatu yang lain.

Dakwah berkait rapat dengan keimanan dan tidak akan sempurna keimanan seseorang itu sehingga kerja2 dakwah terlaksana. Imam Ibn Kasir menyebutkan dalam tafsirnya “ Allah s.w.t memerintahkan Rasullah s.a.w supaya mengajak manusia mengikut jalanNya,dgn kata lain kerja dakwah merupakan jalan,dasar serta sunnah Allah. Dgn jalan ini manusia mesti diseru mentauhidkan Allah serta memerhati dan meyakini tanda2Nya.

Justeru itu setiap pagi jumaat Hewi akan mengadakan kuliah dhuha. Ia merupakan satu pendekatan untuk ahli bagi menyampaikan risalah nabi Muhammad s.a.w. Di samping merapatkan hubungan sesama ahli,bertukar pandangan atau idea. Selain itu ahli boleh mendapatkan input2 yang berguna yang dapat di aplikasikan dalam kehidupan seharian. Pendekatan yang di bawa oleh hewi dalam kuliah dhuha bukanlah hanya statik dengan mendengar ceramah atau pengisian shj bahkan pelbagai aktiviti di adakan seperti tayangan slide show,tazkirah berantai,muhasabah,mencungkil bakat ahli,menziarah dan sebagainya.

Tujuan kuliah dhuha diadakan juga adalah bagi melatih akhawat dalm berkomunikasi,berkeyakinan dalm penyampaian dan berani kehadapan. Alhamdulilah kuliah dhuha yang di adakan ini menarik minat ahli dan menjadi suatu kemestian untuk meyertainya. Kebiasaanya selepas kuliah dhuha diadakan semua ahli akan menyertai muzakarah berkelompok (mb) mengikut kumpulan yang telah di tetapkan. Alhamdulilah dengan adanya program seeperti ini moga2 kita dapat melahirkan muslimat yang berketerampilan dan berdedikasi,bukanlah ianya sekadar program tetapi pengisian jiwa bagi mengisi jiwa2 yang kosong untuk kembali kepada yang HAQ.

December 26, 2010

KALAM TAUJIHAT IMTIHAN NAIB PENGERUSI HEWI BKMIP SESI 2010/2011

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Allah S.W.T Tuhan sekalian alam yang mengajar manusia dengan pena dan mengajar manusia erti perjuangan.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW,kaum keluarga,dan para sahabat serta orang-orang yang mengikut jejak langkah mereka hingga hari akhirat.

Selawat kesyukuran dipersembahkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya ana diberi ruang dan kesempatan untuk mencoret kalam sempena imtihan yang semakin hampir dengan kita.Setiap orang akan menghadapi saat kematian dan sudah semestinya kita perlu kepada persedian untuk menghadapinya saat itu.Begitu juga imtihan yang semakin hampir perlu kepada persedian untuk kita menempuhnya…bagaimana persedian kita?????.Jangan takut dan gentar masih ada waktu untuk kita membuat persedian selagi mana imtihan belum menjelma dan kesungguhan yang berlipat kali ganda.

Sahabat-sahabat yang ana kasihi kerana Allah,

Sindrom masa imtihan ialah cuba untuk “SIFAR MAKSIAT” alhamdulilah dan sangat bagus apabila kita berusaha untuk mengurangkan segala yang tidak syarie tetapi yang menjadi kepelikan ana ialah mengapa waktu imtihan semakin menjelang dan fatrah imtihan sahaja iman kita yazidddd dan selepas imtihan ke mana kita???tepuk dada tanyalah iman kita???.Cuba kita renung-renungkan.

Dalam fatrah semakin hampir dengan imtihan pelbagai perasaan datang terutamanya mereka yang pernah mengalami kegagalan.Ana optimis mereka akan merasa futur dan sindrom putus asa ini biasa berlaku terutama dalam fatrah sekarang.Sabarlah wahai sahabat-sahabat yang ana kasihi,semuanya pasti ada hikmah yang tidak kita ketahui dan janji Allah itu pasti.Kita seharusnya senantisa berfikiran positif dan mengunakan medium kegagalan kita sebagai batu loncatan kita untuk mendapat kejayaan yang lebih cemerlang,gemilang dan terbilang.Ujian kegagalan adalah tarbiyah untuk diri kita semua untuk lebih tabah dan sabar untuk menghadapinya.

Kempen “SKOR MUMTAZ” adalah rentetan dari kempen “SIFAR ROSIB”.Ayuh sahabat-sahabat sekalian untuk kita merealisasikan kempen ini.Kejayaan kita sekarang adalah untuk masa depan ISLAM akan datang.Sama-samalah kita memohon kepada Ilahi agar kejayaan milik kita semua yang menuntut ilmu Allah di bumi MESIR ini khususnya anak-anak Pahang di sini.

Sahabat-sahabat seperjuangan sekalian,

Orang yang berjaya, Ialah orang yang berbaik sangka dengan usahanya,

Dan menjangkakan akan berjaya,Apa yang disangka dan dijangkakan itulah doa dalam senyap.

(Kalam Razzi Ar-Mansur)


SAMSIAH BT. MOHD SALLEH,
NAIB PENGERUSI HEWI BKMIP 10/11

Kursus membuat kek,menambat hati akhawat..



Setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilah, kali ini HEWI BKMIP bagi sesi 2010/2011 telah menjayakan program kelas membuat kek, anjuran Unit Keseniaan Kebudayaan Seni & Sukan (UKKS) 10/11. Seramai 24 orang pelajar perempuan telah menyertai kelas tersebut. Pelbagai jenis kek telah dibuat antaranya kek span, kek marble dan swiss roll. Berbekalkan dengan tenaga pangajar yang berbakat dan berpengalaman dalam pembuatan kek ini iaitu Pn. Halina Bt Hasib. Program ini berjalan dengan lancar sehingga ke petang.

Sungguhpun program ini telah melabuhkan tirai, namun harapan agar kelas seperti ini dapat diadakan lagi bagi mengukuhkan lagi ikatan persaudaraan sesame ahli. Wallahu’alam


Disediakan oleh:UKKS


December 14, 2010

Jaulah maqam sekitar kaherah

Pada 3/12/10 UPSR HEWI BKMIP telah mengadakan jaulah maqam kali pertama bagi sesi 2010/2011.Jaulah ini telah disertai oleh 32 orang peserta.Jaulah maqan ini diadakan bertujuan untuk mendekatkan lagi hati ahli HEWI BKMIP dengan para auliya’.Jaulah ini juga bertujuan untuk memupuk semngat ahli dalam mencontohi para auliya’ini baik dari segi menuntut ilmu mahupun ibadah kepada Allah subhanah wa taala.Selain itu,jaulah ini juga diadakan untuk mengenalkan pelajar baru BKMIP dengan para auliya’ Allah di rdul kinanah ini.

Jaulah dimulakan dengan menziarahi maqam Saidatina Zainab.Setelah itu,para peserta di bawa menziarahi maqam Saidatina Nafisah dan maqam para ahli bait disekitarnya.Peserta juga turut berpeluang menunaikan solat jumaat di masjid Saidatina Nafisah.selain itu,peserta juga berpeluang menzirahi maqam Sultan Hanafi yang terkenal dengan karamah air perigi yang rasanya sama dengan air zamzam.Peserta juga berpeluang merasai kesejukan air tersebut.Rata rata peserta menyatakan rasa air tersebut memang menyamai air zamzam.Subhanallah sungguh hebat kekuasaan Allah.

perigi sultan hanafi

masjid imam syafie

masjid saidatina nafisah

Setelah itu,peserta dibawa menuju ke maqam imam syafie.Namun disebabakan kesesakan lalu lintas di kawasan masjid imam syafie,coaster bertukar arah ke Jabal Muqattam terlebih dahulu.di sana peserta menunaikan solat asar dan melawat maqam para auliya’di kawasan barakah ini.antara maqam yang dilawati adalah maqam Wali Soghir,Ibn Atillah As-Sakandari,dan banyak lagi maqam para auliya’ lain.Setelah itu,coaster berpatah balik menuju ke masjidIimam Syafie.Alhamdulillah,walaupun terpaksa berjalan kaki sedikit, peserta dapat juga melawat maqam imam hebat ini.setlah itu,peserta dibawa menziarahi maqam wali sekitar masjid Imam Syafie.

Alhamullilah,walaupun terdapat sedikit kesulitan sepanjang jaulah ini,jaulah tetap berjalan dengan lancar. Namun 80 peratus maqam sahaja yang boleh diziarahi,kerana kekangan masa dan terdapat maqam yang berada di dalam kawasan pembinaan.Sungguhpun begitu,peserta tetap berpuas hati.Semoga kita semua mendapat mafsadah dan keberkatan daripada jaulah maqam ini.insyaAllah,selepas ini UPSR akan mengadakan jaulah maqam sesi ke-2 dan jaulah ke tempat yang menarik .Semoga Allah merahmati kita semua.

November 6, 2010

العقل السليم فى الجسم السليم

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafa’kan kepada Allah, tuhan pentadbir seluruh alam, selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w
Dalam slot kali ini, pembaca akan diceriakan dengan aneka ragam ahli HEWI BKMIP dalam program yang penuh dengan manfaat dan riang ria.
Tanggal 1 Oktober 2010, sukan mahabbah satu program yang di anjurkan oleh Unit Keseniaan Kebudayaan dan Sukan(UKKS) HEWI BKMIP dan ADHOC USMB bertempat di Hadiqah Athfal Hayyu Tamin. Pada jam 9.00 pagi tirai program dibuka dengan aktivit senam aerobik bersama AJKT HEWI dan ahli dengan penuh ceria.
Walaupun panas mula terasa, program diteruskan dengan permainan “ musang dan kambing” dan “ sayangi saya”. Seluruh ahli bermain dengan bersungguh-sungguh dan tidak mahu mengalah untuk menjuarai permainan.
Setelah penat bermain, ahli tetap memberi perhatian yang penuh dalam permainan berikutnya iaitu penyampaian modul dalam kumpulan oleh akak-akak fasilitator USMB yang turut serta dalam sukan tersebut. Tirai program dilabuhkan dengan jamuan ringan. Semoga ukhwah yang terjalin semakin utuh dan kami menghrapkan semoga kerjasama yang diberikan ahli pada program tersebut berterusan pada program-program yang akan dating, insyaALLAH.


ukks hewi 10 / 11