العقل السليم فى الجسم السليم

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafa’kan kepada Allah, tuhan pentadbir seluruh alam, selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w
Dalam slot kali ini, pembaca akan diceriakan dengan aneka ragam ahli HEWI BKMIP dalam program yang penuh dengan manfaat dan riang ria.
Tanggal 1 Oktober 2010, sukan mahabbah satu program yang di anjurkan oleh Unit Keseniaan Kebudayaan dan Sukan(UKKS) HEWI BKMIP dan ADHOC USMB bertempat di Hadiqah Athfal Hayyu Tamin. Pada jam 9.00 pagi tirai program dibuka dengan aktivit senam aerobik bersama AJKT HEWI dan ahli dengan penuh ceria.
Walaupun panas mula terasa, program diteruskan dengan permainan “ musang dan kambing” dan “ sayangi saya”. Seluruh ahli bermain dengan bersungguh-sungguh dan tidak mahu mengalah untuk menjuarai permainan.
Setelah penat bermain, ahli tetap memberi perhatian yang penuh dalam permainan berikutnya iaitu penyampaian modul dalam kumpulan oleh akak-akak fasilitator USMB yang turut serta dalam sukan tersebut. Tirai program dilabuhkan dengan jamuan ringan. Semoga ukhwah yang terjalin semakin utuh dan kami menghrapkan semoga kerjasama yang diberikan ahli pada program tersebut berterusan pada program-program yang akan dating, insyaALLAH.


ukks hewi 10 / 11

Ucapan Naib Pengerusi Hewi BKMIP 2010 / 2011




Selawat dan salam…

Alhamdulilah,segala pujian bagi ALLAH rabbul ‘alamin, selawat dan salam ke atas Rasulullah s.a.w kesejahteraan dan kemuliaan bagi para syuhada’, mujahidah dan amilin yang sentiasa berjuang bagi menegakkan dan meninggikan kalimah islam.

"و من أحسن قولا ممن دعا الى الله وعمل صا لحا وقال اننى من المسلمين "

Maksudnya : Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh, dan berkata “ sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?”

Surah Fussilat : 33)

Barangkali semua kita telah mengetahui akan hakikat ini betapa menyeru kepada kebaikan atau amar makruf itu adalah sesuatu yang amat besar nilainya disisi Allah S.W.T walaupun hanya dengan sepatah kata. Selagi mana kita sentiasa istiqamah dengan usaha menyeru kepada ketaatan terhadap Allah, sama ada melalui lidah mahupun pena, ia pasti akan menjadi sebahagian daripada amal soleh kita sebagai hambaNya di muka bumi ini.

Dikesempatan ini, ana mewkili saf pimpinan hewi BKMIP sesi 2010/2011 menyeru kepada sahabat ikhwah mahupun akhawat supaya bersama-sama kami untuk menjayakan kempen sifar maksiat. Ia adalah untuk melahirkan generasi Azhari dan Azhariah yang berperibadi mulia. Dalam kita mengejar hadaf di bumi Mesir ini untuk menuntut ilmu, kita juga tidak terlepas dalam berperanan untuk menyebarkan dakwah dan tanggungjawab ini tidak hanya tergalas kepada pihak pimpinan semata-mata.

Disini ana menyeru kepada sahabat ikhwah dan akhawat untuk menjalankan tanggungjawab ini bersama-sama sebagai mana yang kita sedia maklum Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

من راى منكم منكرا فليغيره بيده فاءن لم يستطع فبلسانه فاءن لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف الايمان

(رواه مسلم)

Kesinambungan dengan hadis tersebut, kami barisan HEWI pada kali ini ingin memperkasakan BIAH SOLEHAH di semua lapisan peringkat. Ingatlah sahabat-sahabat betapa hidup ini adalah satu amanah, amanah itu adalah untuk memperjuangkan Islam agar ia “hidup” dalam segenap aspek kehidupan. Justeru, jadikanlah BKMIP dan HEWI BKMIP ini sebagai wadah perjuangan Islam sebelum kita terjun ke medan yang sebenar. InsyAllah semoga Allah menerima segala amal kebajikan kita semua dan ia merupakan refleksi komitmen kita bersama dalam menjayakan kempen SIFAR MAKSIAT insyaAllah.