EKSPLORASI MUSLIMAH KE ISKANDARIAH


Pada tanggal 27 dan 28 Januari 2012 , HEWI BKMIP julung-julung kalinya menganjurkan Eksplorasi Muslimah ke Iskandariah.Jaulah ini dikelolakan oleh Biro/Unit Perhubungan Sambutan dan Rehlah dengan kerjasama semua AJKT dan ahli.Jaulah ini berlangsung selama 2 hari 1 malam melibatkan 22 peserta terdiri daripada ahli siswi BKMIP,2 orang musyrif dan sepasang suami isteri.

27 Januari 2012

Seawal 8 pagi kenderaan yang dinaiki bertolak memulakan perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 3 jam. Perjalanan dimulakan dengan bacaan doa daripada Yang Dipertua BKMIP, ustaz Faizal A.Zubir bin Zailani. Setelah separuh perjalanan, Yang Dipertua BKMIP sekali lagi dijemput bagi merasmikan Majlis Perasmian Eksplorasi Muslimah. Setibanya di wilayah Iskandariah,kami terus bergerak ke Masjid Nabi Daniel yang menjadi destinasi maqam pertama bagi mendirikan solat Jumaat berjemaah.Antara maqam-maqam yang dilawati ialah maqam Luqmanul Hakim,Maqam sheikh Busiri, Maqam sheikh Maqiyuddin dan maqam-maqam 12 cucu Nabi Junjungan,Nabi Muhammad S.A.W. Selesai menziarahi maqam-maqam tersebut,Miami,gedung membeli-belah dijadikan destinasi seterusnya.Peserta-peserta bertolak pulang ke tempat penginapan sebelum malam menjelang dan di tempatkan di 5 buah rumah ahli-ahli Pahang yang menuntut di cawangan Al-Azhar, Iskandariah.

28 Januari 2012

Hari ke-dua di mulakan dengan lawatan ke montazah yang cukup sinonim dengan keindahan panorama laut yang mengelilingi kawasan taman bunga tersebut.Seterusnya bergerak ke Maktabah iskandariah bagi menggalakkan para peserta yang terdiri daripada bakal pemikir-pemikir islam negara melihat dan mengkaji hasil penulisan karyawan-karyawan islam terulung yang terdapat disana.Setelah berada selama lebih kurang 2 jam ,perjalanan diteruskan ke kubu Qait Bey.Kehadiran kami disana dihidangi dengan sambutan ulang tahun 25 Januari Revolosi mesir.

Tepat jam 4 kami bertolak pulang ke Kaherah.Jaulah ini diharap menjadi titik tolak jalinan mahabbah antara ahli-ahli BKMIP.Malah ianya juga diharap dapat memberi inspirasi baru dalam mengejar kecemerlangan setelah berakhirnya fatrah imtihan fasa 1 baru-baru ini.Seluruh saf kepimpinan BKMIP mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli-ahli yang sudi melibatkan diri dalam program yang dianjurkan dengan harapan pelbagai manfaat dan faedah diperolehi daripada program tersebut.