DATANG KEMBALI...

AHLAN BIKA YA RAMADHAN!

Salam perjuangan kepada semua...

Ahlan Ya Ramadhan Kareem..

Semoga dengan kedatangan bulan keberkatan ini dapat memberikan peluang kepada semua umat islam melipatgandakan amalan serta ibadat sempena Ramadhan ini kerana Ramadhan adalah bulan umat, bulan kita dan sebaiknya kitalah yang mewarnai nya sendiri..Sejauh mana kita mewarnainya dan bagaimana buku amalan kita?
sama-sama kita memuraqabahkan diri kepadaNYA sempena bulan umat ini, kerana disana terdapat beribu ganjaran dan kebaikannya yang tidak ada dalam bulan lain..

HIKMAH RAMADHAN

Ibadah Puasa yang diperintahkan kepada setiap orang mukmin untuk melakukannya itu ada mempunyai beberapa hikmah,antara lain ialah:

-Tanda terima kasih (syukur)kepada Allah,kerana semua ibadah mengandungi erti terima kasih kepada Allah atas nikmatNya yang tiada terkira banyaknya dan tiada ternilai harganya.

-Didikan kepercayaan
Seseorang yang telah sanggup menahan makan dan minum dari harta yang halal kepunyaannya sendiri,kerana ingat akan perintah Allah,sudah tentu orang itu tidak akan meninggalkan perintah Allah,dan tidak pula akan berani melanggar segala larangan-Nya.

-Mendidik perasaan belas kasihan terhadap fakir miskin.

-Untuk menjaga kesihatan badan terutamanya perut.

FADHILAT RAMADHAN

Terdapat pelbagai fadilat yang kita temui di dalam bulan yang mulia ini.Seperti mana disebut di dalam hadis:
“Apabila telah tibanya Ramadhan dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan”-(Muttafaq Alaih)-

“Sesiapa yang mendirikannya (Ramadhan)penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu.”-(Muttafaq Alaih)-

Dari Abu Zarr,Rasullullah SAW bersabda:”Senantiasa umatku dalam kebaikan selama mereka menta’khirkan sahur dan menyegerakan berbuka.”-(H.R.Ahmad)

Salam mahabbah dan salam mujahadah pada kalian dalam menjalani madrasah ramadhan yang menguji kalian ditambah dengan musim syita' yang menuntun beribu kesabaran dan ketabahan dari kalian.Semoga kedatangan Ramadhan pada kali dapat menambahkan lagi amalan ibadah kita dalam pengabdian kepada ALLAH SWT..

ZIARAH MUTAZAWWIJIN....








ISNIN 9 0G0S 2010- TAHNIAH kepada pasangan ustaz Mat Fikri b.Mat sufi dan ustazah Norsakinah yang telah dianugerahi cahaya mata lelaki, diberi nama Abdullah Umar yang selamat dilahirkan pada 1 ogos 2010. Wakil hewi BKMIP terdiri daripada raisah dan ustazah Norsabariah Abd Samad selaku pemangku unit perumahan dan kebajikan(upk) telah menziarahi kediaman pasangan tersebut untuk menyampaikan ucapan tahniah diatas kelahiran putera sulung mereka.Bayi tersebut dilahirkan secara normal,dengan timbangan 2.3 kilo.Susulan ziarah tersebut kami memohon maaf diatas kesuntukkan masa untuk menjaga dan menguruskan ustazah Norsakinah.Walau bagaimanapun kami kagum dengan sikap ustaz Mat Fikri yang dilihat tidak kekok berdepan dengan tugas baru sebagai ayah.

JAULAH MAQAM

AHAD 8 OGOS 2010- Hewi BKMIP telah menganjurkan jaulah ke Maqam Auliya’ sekitar Kaherah. Jaulah tersebut telah dianjurkan oleh Unit Perhubungan Sambutan & Rehlah (UPSR) dengan kerjasama Unit Dakwah (UD), bermula jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang.Seramai 21 orang pelajar akhawat beserta 4 orang mushrif yang menjayakan jaulah tersebut.Hampir 40 maqam yang telah kami lawati, antaranya ialah maqam imam syafie, sayyidah nafisah, sayyidah ruqaiyah, syeikh soleh ja’fari, syeikh syarbini, imam a’thoillah al-askandari, sayyid rifa’ie, Rabiatul adawiyah dan banyak lagi.Semoga semua mendapat istifadah daripada jaulah tersebut.