Kalam pimpinan

بسم الله الرحمن الوحيم
      
   الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين, سبحانك لا علم لنا الا ما علمتنا انك أنت العليم الحكيم.
أما بعد..

قال الله تعالى :-
( ليس عليكم جناح أن تبتغوا فضلا من ربكم فاذآ أفضتم من عرفت فاذكروا الله عند المشعر الحرام واذكروه كما هدىكم وان كنتم من قبله لمن الضآلين )
 Ertinya :
Tidak ada dosa bagi kamu mencari kurnia (rezeki berupa hasil perniagaan) dari Rabb mu. Maka apabila kamu telah bertolak dari Arafah , berzikirlah kepada Allah sebagaimana yang telah ditunjukkan olehNya kepadamu, dan (ketahuilah) sesungguhnya kamu sebelum itu benar-benar termasuk orang-orang yang sesat.

Sabda Baginda Nabi di dalam Hadith Sohih :-

Dari Al – Miqdam, dari Nabi s.a.w bersabda: Tiada makanan bagi individu yang lebih baik dari makanan hasil usaha sendiri & sesungguhnya Nabi Allah Daud a.s makan dari usahanya sendiri. ( Riwayat Bukhari )

Ayat Al- Quran dan hadis Nabi s.a.w ini jelas membuktikan kepentingan berekonomi. Islam sentiasa menggalakkan umatnya mempunyai kekuatan ekonomi demi untuk mengembangkan dakwah islamiah ke seluruh dunia.

Kekuatan kewangan adalah tunjang kepada sesebuah pertubuhan bagi melancarkan gerak kerja organisasi. Realitinya BKMIP (Badan Kebajikan Mahasiswa/wi Islam Pahang) adalah sebuah organisasi yang tiada peruntukan khusus untuk bergerak dalam menghidupkan pelbagai aktiviti.

Oleh itu, JBE ( Jabatan Bertindak Ekonomi ) adalah satu wasilah daripada peninggalan ahli terdahulu yang telah ditubuhkan pada tahun 2008 di dalam usul  MAT BKMIP ( Mesyuarat Agung Tahunan ) pada tahun 2007 oleh ahli yang amat prihatin dan cakna akan permasalahan ini.

Sekarang JBE amat memerlukan tenaga penggerak dalam membantu dan memepertingkatkan ekonomi BKMIP. Marilah sama-sama kita berganding bahu untuk meneruskan dan menyambung perjuangan mereka untuk ekonomi islam dengan menyibukkan diri dengan kerja-kerja islam.

Pepatah arab ada menyebut: Nafsu kamu jika tidak disibukkan dengan  Allah (urusan     kebenaran), maka ia  akan   menyibukkan kamu    dengan   urusan   kebatilan.

Jadi saya selaku wakil dari BKMIP ingin mengucapkan Jazakumullahu khoiral jaza’ kepada semua ahli BKMIP khususnya kepada yang bertungkus lumus dalam membantu JBE.Moga Allah dapat membalas jasa baik, merahmati dan memberkati kalian dunia & akhirat.

Suka juga saya memetik kalam BP(Badan Pengurus) angkat kita  Saudara Muhammad Syazwan bin Hamzah, yang menyatakan daripada Sheikh Imam Said Al Khurazi, Asas kekuatan ada 3 perkara :

  1. Keikhlasan
  2. Kesabaran
  3.     Kebenaran

Keikhlasan tidak sempurna tanpa kesabaran, kesabaran tidak sempurna tanpa kebenaran dan begitulah ke tiga-tiganya perlu ada untuk saling melengkapi yang mana ia akan memberi kekuatan pada kita dari sudut rohani dan jasmani.

 Akhir kalam, majulah ekonomi untuk islam. Sempena imtihan yang baru sahaja berlalu, semoga kejayaan milik bersama.Setelah berusaha sehabis daya seterusnya diringi dengan tawakkal  mudah-mudahan Allah membuka jalan yang terbaik untuk hamba-hambaNya.

Nur hanisah Che Ahmad
Bendahari Hewi 2011/2012