Serlahkan Bakat Anda

Durratul Insyirah merupakan sebuah kumpulan nasyid di bawah kelolaan Unit Kebudayaan, Kesenian & Sukan Hewi Pmram Cawangan Pahang.

Ia ditubuhkan sekitar pertengahan tahun 90-an yang dahulunya dikenali sebagai Ainul Mardiah. Kumpulan ini telah menyertai beberapa pertandingan seperti PMHK PMRAM dan turut mendapat kemenangan. Ada di antara ahli Ainul Mardiah yang berkebolehan dalam mencipta lagu dan lirik, rata-rata lagu dan lirik mereka diterima oleh kumpulan As-Sohwah PMRAM untuk dijadikan kombinasi lagu-lagu mereka. Sinar kegemilangan Ainul Mardiah semakin malap, akibat daripada kekurangan komitmen dan kebolehan ahli yang berbakat.

Rentetan daripada itu, pada Mesyuarat Agung HEWI kali ke-18, AJKT HEWI telah bersepakat untuk menukarkan Ainul Mardiah kepada Durratul Insyirah yang bermaksud "Permata Berkerlipan" hasil daripada timbulnya kesedaran untuk menghidupkan kembali kegemilangan kumpulan nasyid HEWI.

Kini Durratul Insyirah mengorak langkah dengan pencarian bakat baru melalui uji bakat yang akan berlangsung sepertimana berikut :

Tarikh : 1 November 2011
Masa : 8.00 malam - 10 malam
Tempat :Blok C (Tingkat 5)

Sebarang pertanyaan sila hubungi:
Nor Atiqah Bt Hasnol (0114 - 8920968)

Dijemput kepada mahasiswi pahang dirasat mahupun medik hadir ke uji bakat beramai - ramai malam ini.


UNTAIAN MUTIARA DARI TIMBALAN PENGERUSI HEWI PMRAM CAWANGAN PAHANG (BKMIP) 2011/2012

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Bismillahi walhamdulillah, selaut kesyukuran dan setinggi-tinggi rasa ta’bud dan maghfirah dihamparkankan kepada ALLAH ,Tuhan yang MAHA kaya dengan nur ar-RAHMAH. Selawat dan salam dicucurkan kepada junjungan mulia Rasulullah S.A.W, qudwah agung,kekasih ALLAh., ahli-ahli bait dan para Sahabat r.a.Seterusnya,buat suluruh teman,generasi rantaian perjuangan di medan dakwah.FirmanNYA ada menyebut,

“ Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebaikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa ( dari kejahatan ) yang dikerjakannya”. –al-baqarah

Saudari seaqidahku sekalian,

Dewasa ini, acap kali kita dinobatkan sebagai penonton setia dalam menyaksikan naik turun dan jatuh bangunnya barisan kepimpinanan dalam arena pentadbiran di pelbagai peringkat.Justeru itu,BKMIP dalam usaha menyediakan dimensi yang lebih segar buat para ahli,berusaha mengetengahkan sebuah pembawakan baru iaitu 4B,Belajar,Beramal, Berukhuwwah, dan Bertaqwa kepada khalayak umum.Hal ini diharapkan dapat memberi intisari yang lebih bermakna seiring dengan usaha melahirkan da’ie-da’ie yang terkehadapan dalam mendepani dunia global masa kini.Malah,ianya juga bertepatan dengan slogan “MEMPERKASAKAN PENDIDIKAN MENEMPA KECEMERLANGAN ”yang kini menjadi tema rasmi BKMIP.

Manakala HEWI dalam usaha mengangkat mahasiswi sebagai model contoh remaja islam, berusaha memberi penekanan dari sudut ukhuwwah dan tarbiyah.Hal ini kerana kedua-dua elemen yang cuba diketengahkan ini dilihat sebagai dua aspek terpenting bagi pembentukan modal insan generasi pelapis BKMIP di masa hadapan.Namun,usaha yang tidak berbelah bahagi ini,tetaplah sia-sia andai kami,barisan kepimpinan dan para ahli tidak bergabung tenaga dan masa dalam mengembleng kekuatan BKMIP .

Tuntasnya,kami mengharapkan kebangkitan seluruh ruh-ruh semangat perjuangan yang tersimpan dalam diri para ahli diterjah keluar agar dapat bangun bersama-sama kami untuk kita berpimpin tangan mengejar kecemerlangan akedemik dan sahsiah.Malah turut bekerjasama dan seiring mengorak langkah dalam melestarikan pembawakan pada sesi ini dan memastikan ianya telaksana.INSYA ALLAH

*Sirru a’la barakatillah,

*“KESATUAN UKHUWWAH MANIFESTASI TARBIYAH”

Salam kasih,

(SYAIRAH ATIQAH BT MD JANI)

Timbalan Pengerusi Hewi BKMIP 2011/2012

Nafas Baru

Kuliah dhuha mampu tarik minat ahli

Dakwah adalah satu kewajipan atau tuntutan syara’ yang telah di fardhukan oleh Allah s.w.t atas muslim. Setiap umat yang mengaku dirinya adalah islam wajib keatasnya untuk berdakwah dalam apa jua bentuk atau bidang sekalipun. Firman Allah s.w .t dalam surah yusuf ayat 108 yang bermaksud “ katakanlah wahai Muhammad inilah jalanku,aku dan orang yang menurutku,menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas dan nyata. Dan aku menegaskan maha suci Allah ( dari segala I’tikad dan perbuatan syirik) dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan segala sesuatu yang lain.

Dakwah berkait rapat dengan keimanan dan tidak akan sempurna keimanan seseorang itu sehingga kerja2 dakwah terlaksana. Imam Ibn Kasir menyebutkan dalam tafsirnya “ Allah s.w.t memerintahkan Rasullah s.a.w supaya mengajak manusia mengikut jalanNya,dgn kata lain kerja dakwah merupakan jalan,dasar serta sunnah Allah. Dgn jalan ini manusia mesti diseru mentauhidkan Allah serta memerhati dan meyakini tanda2Nya.

Justeru itu setiap pagi jumaat Hewi akan mengadakan kuliah dhuha. Ia merupakan satu pendekatan untuk ahli bagi menyampaikan risalah nabi Muhammad s.a.w. Di samping merapatkan hubungan sesama ahli,bertukar pandangan atau idea. Selain itu ahli boleh mendapatkan input2 yang berguna yang dapat di aplikasikan dalam kehidupan seharian. Pendekatan yang di bawa oleh hewi dalam kuliah dhuha bukanlah hanya statik dengan mendengar ceramah atau pengisian shj bahkan pelbagai aktiviti di adakan seperti tayangan slide show,tazkirah berantai,muhasabah,mencungkil bakat ahli,menziarah dan sebagainya.

Tujuan kuliah dhuha diadakan juga adalah bagi melatih akhawat dalm berkomunikasi,berkeyakinan dalm penyampaian dan berani kehadapan. Alhamdulilah kuliah dhuha yang di adakan ini menarik minat ahli dan menjadi suatu kemestian untuk meyertainya. Kebiasaanya selepas kuliah dhuha diadakan semua ahli akan menyertai muzakarah berkelompok (mb) mengikut kumpulan yang telah di tetapkan. Alhamdulilah dengan adanya program seeperti ini moga2 kita dapat melahirkan muslimat yang berketerampilan dan berdedikasi,bukanlah ianya sekadar program tetapi pengisian jiwa bagi mengisi jiwa2 yang kosong untuk kembali kepada yang HAQ.