MENUJU KESEMPURNAAN IMAN...

MENUJU KESEMPURNAAN IMAN


01. Bersyukur apabila mendapat nikmat
02. Bersabar apabila mendapat kesulitan
03. Tawakal apabila membuat perancangan
04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan
05. Jangan membiarkan hati tenggelam dalam kesedihan
06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan
07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan
08. Jangan cemburu dengan kekayaan orang
09. Jangan hasad dan iri hati di atas kejayaan orang
10. Jangan sombong kalau memperolehi kejayaan
11. Jangan tamak kepada harta
12. Jangan terlalu ambitious akan sesuatu kedudukan
13. Jangan hancur kerana kezaliman
14. Jangan goyah kerana fitnah
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram
17. Jangan sakiti ayah dan ibu
18. Jangan usir orang yang meminta-minta
19. Jangan sakiti anak yatim
20. Jauhkan diri daripada dosa-dosa yang besar
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil
22. Perbanyakkan berkunjung ke rumah Allah (masjid)
23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu'
24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid
25. Biasakan solat malam
26. Perbanyakkan zikir dan do'a kepada Allah
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat
28. Sayangi dan santuni fakir miskin
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah
30. Jangan marah berlebih-lebihan
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan
32. Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah kerana Allah
33. Berlatihlah mengawal fikiran
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila tidak dapat dipenuhi kerana sesuatu sebab
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali denganiblis/ syaitan
36. Jangan percaya ramalan manusia
37. Jangan terlalu takut miskin
38. Hormatilah setiap orang
39. Jangan terlalu takut kepada manusia
40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala
42. Berlakulah adil dalam segala urusan
43. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah
44. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala
45. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran
46. Perbanyakkan silaturrahim
47. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam
48. Bicaralah secukupnya
49. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya
50. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu
51. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur
52. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit batin
53. Sediakan waktu untuk bersama dengan keluarga
54. Makanlah secukupnya, tidak kekurangan dan tidak berlebihan
55. Hormatilah guru dan ulama
56. Sering berselawat ke atas nabi
57. Cintai keluarga Nabi saw
58. Jangan terlalu banyak berhutang
59. Jangan terlalu mudah berjanji
60. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah sementara
61. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti mengucapkan ungkapan yang tidak berguna
62. Bergaul lah dengan orang-orang soleh
63. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar
64. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu
65. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita
66. Jangan berdendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi
67. Jangan membenci seseorang kerana fahaman dan pendiriannya
68. Jangan benci kepada orang yang membenci kita
69. Berlatih untuk berterus-terang dalam menentukan sesuatu pilihan
70. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan.
71. Jangan melukai hati orang lain
72. Jangan membiasakan berkata dusta
73. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian
74. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab
75. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan
76. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita
77. Jangan membuka aib orang lain
78. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita
79. Ambilah pengajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana
80. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan
81. Jangan bersedih kerana miskin dan jangan sombong kerana kaya
82. Jadilah manusia yang selalu berbakti kepada agama, bangsa dan negara
83. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain
84. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara
85. Berkatalah yang baik-baik atau jangan berkata apa-apa
86. Hargai pemberian orang
87. Jangan habiskan waktu untuk hiburan dan kesenangan
88. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan
89. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan batas-batas agama dan keadaan diri kita
90. Jangan berbuat sesuatu yang boleh menyebabkan fizikal atau mental kita terganggu
91. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana
92. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;
93. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina
94. Jangan cepat percaya kepada berita buruk berkaitan dengan teman kita sebelum dipastikan kebenarannya
95. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban
96. Sambutlah huluran tangan setiap orang (muhrim) dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan
97. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri
98. Waspadalah akan setiap ujian, dugaan dan cabaran. Jangan lari dari kenyataan kehidupan
99. Yakinlah bahawa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan
100. Jangan berjaya di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang

" Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan bagi manusia, kamu menyuruh kepada makruf, mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah "

KITA DISAMBUT DENGAN AZAN DAN DIIRINGI DENGAN SOLAT.

Bayangkan, betapa singkatnya azan dan solat! Subhanallah, terlalu pendek kehidupan dunia. Alangkah malangnya kita seandainya bercakap soal akhirat tapi dalam masa yang sama masih mengidamkan nikmat dunia. Alangkah malangnya andai kita berbicara soal syurga Nya tetapi dalam masa yang sama masih melakukan dan membiarkan maksiat bermaharajalela. Betapa tak tahu malu kita pada Allah. Berbakul-bakul melaungkan kalimah cinta Allah dan rasul Nya tapi dalam masa yang sama melanggar syariat juga tidak mengamalkan sunnah rasul Nya sebaik mungkin. Malunya dengan Allah, malunya dengan Rasulullah kerana mengharapkan syafaatnya!

Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui, dengan kembali bertaubat kepada-Nya dan bertaqwalah kepada-Nya serta dirikanlah solat dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah, iaitu orang-orang yang memecah belah agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan.

Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka. Dan apabila manusia disentuh oleh suatu bahaya, mereka menyeru Tuhannya dengan kembali bertaubat kepada-Nya, kemudian apabila Tuhan merasakan kepada mereka sedikit rahmat daripada-Nya, tiba-tiba sebahagian daripada mereka mempersekutukan Tuhannya, sehingga mereka mengingkari akan rahmat yang telah Kami berikan kepada mereka.

Maka bersenang-senanglah kamu sekalian kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu) . Atau pernahkah Kami menurunkan kepada mereka keterangan, lalu keterangan itu menunjukkan (kebenaran) apa yang mereka selalu mempersekutukan dengan Tuhan? Dan apabila Kami rasakan sesuatu rahmat kepada manusia, nescaya mereka gembira dengan rahmat itu.

"Dan apabila mereka ditimpa sesuatu musibah (bahaya) disebabkan kesalahan yang telah dikerjakan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka itu berputus asa. Dan apakah mereka tidak memperhatikan bahawa sesungguhnya Allah melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki- Nya dan Dia (pula) yang menyempitkan (rezeki itu). Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang beriman. (Ar-Ruum : 30-37)"

Ya Allah, ampunilah kami atas setiap nikmat yang kami kufuri Setiap dugaan yang datang beserta hikmah yang tak terhingga. Dugaan disebabkan:

[1] Menghapuskan dosa
[2] Mengangkat martabat hamba

Semuanya tanda cinta Allah. Sebuah hadis mahsyur tentang kecintaan seorang ibu pada anaknya. Di mana suatu hari Rasulullah dan para sahabat duduk di satu tempat di mana berdekatan dengan mereka terdapat seorang ibu dan anaknya. Si ibu sedang memasak di unggun api. Dan apabila si anak mendekati unggun api, si ibu tangkas menjauhkan anaknya dari unggun api. Maka Rasulullah tersenyum melihat situasi tersebut. Sahabat bertanya Apakah yang membuatkan kau tersenyum? maka Rasulullah menjawab Sesungguhnya kasih sayang seorang ibu pada anaknya sehingga tidak mampu melihat anaknya sakit hatta terkena unggun api. Dan ketahuilah sesungguhnya kasih Allah pasa SETIAP hamba Nya lebih dari kasih seorang ibu pada anaknya...