PMRAM

Bukti " Kita PMRAM "



KAHERAH, 22 Feb - Kesatuan terbina sekian lama diperlembahan Nil ini adalah kerana kefahaman ahli dalam mempertahankan keutuhan PMRAM tidak kira dalam pelbagai keadaan.

Kebersamaan semua merupakan aset paling berharga dan warisan diturun daripada generasi ke generasi sehingga kini.

Laungan " Kita PMRAM" sentiasa meniti dibibir anak Melayu menandakan kematangan kesatuan PMRAM seiring dengan usianya mencecah 82 tahun.




Kebajikan dihulurkan tanpa mengira latar belakang kerana ini PMRAM terus didokongi oleh mahasiswa Islam .


Ikon kebersamaan diaplikasikan dengan kesatuan PMRAM Cawangan samada Badan Kebajikan Anak Negeri mahupun Dewan Perwakilan Mahasiswa.

Menyelusuri sejarah PMRAM sendiri sudah pasti akan menarik perhatian untuk memikirkan survivor PMRAM mampu bertahan sehingga kini.

Pembawakan PMRAM sentiasa menepati kehendak semasa merangkumi pelbagai aspek dari sudut pendidikan, kebajikan, softskill dan sebagainya menjadikan PMRAM wadah perjuangan melahirkan mahasiswa berintegriti.

Biarpun tribulasi acap kali menjengah, namun itu bukanlah alasan untuk tidak mempertahankan kesatuan tertua ini kerana dasar dijunjung adalah berlandaskan Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW.


Terus berpencak di arena pementasan dunia mahasiswa PMRAM terus menjadi tunjang kesatuan dengan pelbagai usaha telah dijalankan antaranya Solidariti Mahasiswa Timur Tengah ( SMATT ) dan pelbagai lagi kerjasama demi merealiasikan nilai kesatuan dimata dunia.


" PMRAM akan terus dipertahankan oleh mahasiswa Islam selagimana dasar dan tunjangnya Al-Quran dan Sunnah. Kesatuan ini dibina oleh generasi terdahulu demi melihat kebajikan diberikan semaksima mungkin kepada anak rantau yang berkelana di bumi anbiya' ini " ujar Presiden PMRAM Saudara Muhamad Zuhaili bin Saiman ketika ditemui.


Sumber PMRAM



&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&



Pelancaran " Kempen Prihatin Syria " Mendapat Sambutan



KAHERAH, 18 Feb- Sehingga kini, kezaliman yang berlaku di Syria telah memasuki tempoh genap 11 bulan.


Krisis yang berlaku di Syria seolah-olah tiada noktahnya. Saban hari kita mendengar ribuan nyawa rakyatnya melayang di tangan rejim Bashar Asad. Ia merupakan isu kemanusiaan yang perlu mendapat perhatian dan kecaknaan seluruh umat Islam.


Oleh hal yang demikian, pihak PMRAM melalui Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan telah mengadakan satu majlis khusus untuk melancarkan Kempen Prihatin Syria di Rumah Kelantan Baru, Hayyu Sabi’e dua hari yang lalu.

Majlis Kempen Prihatin Syria tersebut diadakan adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran ahli PMRAM terhadap apa yang telah berlaku di Syria dan juga melancarkan tabung derma Syria.




Majlis tersebut dimulakan dengan solat hajat oleh ahli PMRAM berserta doa munajat memohon pertolongan Allah ke atas rakyat Syria

Pada permulaan majlis pelancaran tersebut, Saudara Abdul Malik Abdul Karim selaku penasihat PMRAM telah memeberikan ucapan penerangan berkenaan dengan isu yang berlaku di Syria sekarang.

Sebelum ucapan pelancaran Kempen Prihatin Syria dan tabung derma Syria, majlis diserikan dengan deklamasi sajak oleh Saudara Abdul Hadi Jusoh selaku ketua KELAP PMRAM.

Dalam ucapan pelancaran, Presiden PMRAM, Saudara Muhammad Zuhaili bin Saiman memperingatkan khususnya kepada ahli PMRAM agar mengambil cakna berkenaan isu yang berlaku di Syria sekarang.

Beliau juga memaklumkan bahawa PMRAM bersama-sama beberapa lagi persatuan mahasiswa Malaysia Antarabangsa yang lain sepakat dalam isu yang berlau di Syria sekarang.

Majlis diakhiri dengan gimik pelancaran tabung derma Syria yang disempurnakan oleh Saudara Muhammad Zuhaili bin Saiman selaku presiden PMRAM.



Sumber PMRAM




&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&






PMRAM Bersama Mahasiswa Antarabangsa Bantah Pembunuhan Umat Islam Di Syria






Isu di Syria yang semakin buruk kini menjadi perhatian dunia. Revolusi yang berlaku di Syria kini semakin parah apabila puluhan ribu umat Islam dibunuh, disembelih serta dizalimi secara besar-besaran oleh tentera di bawah pemerintahan rejim Bassar Asad.


Sehubungan dengan itu, PMRAM telah menghubungi pihak Persatuan Pelajar Malaysia Syria (PPMS) bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung isu di Syria serta memastikan bahawa keadaan mahasiswa Malaysia di Syria dalam keadaan yang selamat.


PMRAM bersama-sama dengan mahasiswa luar negara membantah sekeras-kerasnya pembunuhan ke atas umat Islam dan meminta Liga Arab serta OIC dapat memainkan peranan yang serius dalam menangani isu yang kini parah ini.



PMRAM juga akan mengadakan beberapa tindakan dalam masa terdekat :

1) Mengadakan Solat Hajat Perdana
2) Pelancaran Kempen Prihatin Syria
3) Kutipan sumbangan



Disokong oleh :

- Wakil pelajar-pelajar di Syria
- Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ)
- Persatuan Mahasiswa Malaysia Arab Saudi (PERSADA)
- Persatuan Pelajar Islam Malaysia Ireland (PPIMI)
- Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Indonesia Cabang Acheh (PKPMI-CA)
- Persatuan Mahasiswa Malaysia Yaman ( PERMAYA)
- Ikatan Persaudaraan Islam Jepun (IPIJ)



Sumber PMRAM






&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&