June 4, 2010

KALAM TAUJIHAD SEMPENA IMTIHAN..

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum wbt…

Setinggi kesyukuran yang selayak dipanjatkan, dengan kasih sayang dan rahmatNYA kita masih diberi kekuatan untuk menunaikan kewajipan sebagai ‘khalifah’ yang diamanahkan.Walapun jika dihisab,kita bukanlah yang sesuai di berikan tanggungjawab tersebut rentetan melihat akhlak dan sikap kita. Selawat dan salam kepada kekasih yang terulung, pemula risalah islam, malah role model yang terbaik Rasulullah s.w.t. Para tabi’ tabiin serta seluruh hamba kepada sang pencipta di dunia ini.

Salam imtihan,salam ukhuwah dan salam mujahadah ditujukan kepada kalian semua.Rasanya belum terlambat saya mencoretkan sesuatu untuk dijadikan santapan mata seterusnya sedikit bekalan motivasi sempena fatrah imtihan kali ini.walhal jika melihat kepada siapa yang menyampaikan maka kalian seharusnya tidak akan menerimanya.Oleh itu saya suka menggunakan sifir ini ‘Lihatlah apa yang disampaikan jangan melihat siapa yang menyampaikan’.nampak macam mudahkan sifir ini tetapi tidak semudah yang menuturkannya jika nak dibanding dengan yang mendengarnya malah yang akan menerimanya.


Mujahadah AHLI SUFI yang tidak mengenal musim..

Suka saya mengingatkan diri saya dan sahabat/h bahawa tanggungjawab khalifah yang diciptakan olehNYA adalah dengan tujuan beribadat dan berbuat amalan kebaikan.Tetapi DIA berikan kita akal dan nafsu yang sering berlumba-lumba untuk memenangi diri insan dalam sesuatu tindakan.Itulah yang dinamakan mehnah kita dalam mengaplikasikan akal setanding nafsu untuk mendekatkan diri seterusnya menjayakan misi kita sebagai khalifah.

Kiasan yang saya ingin bawa adalah di fatrah sekarang iaitu fatrah ahli sufi (saya namakan), ini kerana di musim imtihan kebanyakan kita seperti ahli sufi lagaknya. Mengapa saya katakan sedemikian? Apa kaitan kita dgn ahli sufi? Ya barangkali ada yang sudah mendapatkan jawapannya..Fatrah imtihan ini kita berlumba-lumba berjaga malam, menjaga tingkah laku, menjaga lidah dan sebagainya. Bukankah itu sifat mahmudah yang dianjurkan islam? Mengapa dipersalahkan kami yang ingin berubah…semuanya adalah kerana sikap istiqamah kita yang tidak istimrar.

Kita koreksi dan muhasabah diri mengapa amalan kebaikan itu tidak diamalkan selalu..bukan sekadar di musim imtihan bahkan kita lazimi selamanya.Saya beranggapan kalian sudah memahami main point yang ingin disampaikan walaupun mungkin disana ada yang mengatakan saya suu zon pada kalian semua.. Wanau’zubillah.


Ukhuwwah persis melukut di tepi gantang…

Ini juga satu perkara besar yang kita remehkan.Malah ada yang memandangnya enteng.Alahai ukhuwah tidak perlu diperingatkan kami tahulah macam mana nak handle?Begitulah sebahagian jawapan kita walhal kita tidak sedar sudah mula wujud symptom bermasam muka, buat hal sendiri, sifat keakuan dan sebagainya.Symptom ini bukan hanya dikalangan akhawat sahaja yang patut mengatasinya malah ikhwah juga berperanan menanganinya dari terus memberi impak yang lebih besar dimasa akan datang.

Keyakinan seiring KHAUF dan RAJA’…

Imtihan kali ini, saya berpandangan kalian sudah bersedia menghadapinya.Ini kerana rata-ratanya cukup menggambarkan ketakutan dan kerungsingan yang melanda diri bila memikiran hari yang mendebarkan main dekat bertandang.Perkara ini adalah adat dan uruf yang biasa berlaku pada semua pelajar samada di mesir mahupun di seluruh benua apabila berhadapan dengan imtihan perasaan bercampur baur antara suka, takut, sedih , rungsing, gementar dll akan datang bersilih ganti. Ini menunjukkan kalian yang mengalaminya adalah normal.

Tuntasnya, saya khuatirkan kalian meletakkan keyakinan bukan pada tempatnya. Bagaimana boleh saya katakan sedemikian, walhal kita sepatutnya perlu yakin dengan usaha yang ditunjukkan. Keyakinan yang saya maksudkan ialah ter’over’ confident sehingga timbul perasaan riak dan ujub dalam diri kita. Sepatutnya kita meletakkan keyakinan kita selepas berusaha seiring dengan Khauf dan Raja’ kepadaNYA. Saya harap kalian sudah memahami motif yang ingin disampaikan.


Optimis dengan Doa

Saya selitkan sedikit rentetan isu baru ni, rasanya kalian sudah masak benar den gan isu konvoi dan yahudi…saya tidak berniat memanjangkan ulasan berkaitan dengan isu ini, sudah cukup terang lagi bersuluh jika kita sudah mengetahuinya dengan membuka dan membaca blog2 yang berkaitan dengannya.Cuma apa yang wajar kita lakukan ialah berter usan berdoa supaya segalanya dipermudahkan Allah.

Ujian ini hanya diutuskan kepada mereka yang benar-benar mampu menghadapinya. Sebagai saudara sesama islam kita wajib berdoa untuk kesejahteraan saudara kita malah agama islam itu sendiri.Jadikan doa sebagai senjata dan peluru untuk dihujum kepada musuh di sekelliling kita.

Sama-sama kita optimis dengan doa yang dipanjatkan, mudah-mudahan DIA kabulkan segala permintaan hambaNYA. Selain doa saya serahkan pada kalian apa tindakan yang mampu kalian lakukan untuk melahirkan dan membuktikan sensitiviti kalian kepada umat satu yang satu akidah.


Ilmu penyuluh hidup…

Point last saya ialah ilmu yang kita pelajari dan yang dihadami disini adalah bekalan kepada hidup akan datang.Tanpa ilmu hidup tidak memberi makna apa-apa. Kerana ilmu yang tersemat di jiwa kita apabila di praktikkan maka akan bercambah menjadi benih yang berguna pada agama, bangsa dan daulah kita. Nasihat saya pada diri sendiri dan sahabat semua sama-sama kita mencari ilmu untuk di praktikkan dalam diri, serta disampaikan pada masyarakat kelak. Banyak pepatah yang kita sering dengar berkait dengan ilmu sehingga ilmu diletakkan label tertinggi dalam diri kita seterusnya dengan ilmu juga menampilkan jati diri seseorang itu.

Secara konklusinya kita jadikan medan imtihan sebagai medan praktikal dan ujian untuk kita terjemahkan ilmu kita seterusnya menilai setinggi mana ilmu dan kemampuan kita dalam mendalaminya. Doa dan harapan saya moga kita dapat bermuhasabah dan bermujahadah di fatrah imtihan ini dan jadikan natijah mujahadah kita sebagai agen penerus untuk melayakkan diri kita mencapai tahap istiqamah yang sentiasa meniti dibibir kita. Insya Allah dengan segala usaha yang didambakan akan ada nusrah dariNYA dalam menganugerahkan kita kejayaan yang diimpikan.

AMEEN YA RABB..Teruskan usaha hingga ke hujung nyawa. Jadilah seperti org biasa yang berusaha secara luar biasa..

Sekian dari saya..


Al-faqirah ilallahi Taala,

TUAN SITI NAZIFAH TUAN LONG

Raisah hewi BKMIP

(PMRAM CAWANGAN PAHANG)

Sesi 2009/2010.

No comments:

Post a Comment