August 10, 2010

DATANG KEMBALI...

AHLAN BIKA YA RAMADHAN!

Salam perjuangan kepada semua...

Ahlan Ya Ramadhan Kareem..

Semoga dengan kedatangan bulan keberkatan ini dapat memberikan peluang kepada semua umat islam melipatgandakan amalan serta ibadat sempena Ramadhan ini kerana Ramadhan adalah bulan umat, bulan kita dan sebaiknya kitalah yang mewarnai nya sendiri..Sejauh mana kita mewarnainya dan bagaimana buku amalan kita?
sama-sama kita memuraqabahkan diri kepadaNYA sempena bulan umat ini, kerana disana terdapat beribu ganjaran dan kebaikannya yang tidak ada dalam bulan lain..

HIKMAH RAMADHAN

Ibadah Puasa yang diperintahkan kepada setiap orang mukmin untuk melakukannya itu ada mempunyai beberapa hikmah,antara lain ialah:

-Tanda terima kasih (syukur)kepada Allah,kerana semua ibadah mengandungi erti terima kasih kepada Allah atas nikmatNya yang tiada terkira banyaknya dan tiada ternilai harganya.

-Didikan kepercayaan
Seseorang yang telah sanggup menahan makan dan minum dari harta yang halal kepunyaannya sendiri,kerana ingat akan perintah Allah,sudah tentu orang itu tidak akan meninggalkan perintah Allah,dan tidak pula akan berani melanggar segala larangan-Nya.

-Mendidik perasaan belas kasihan terhadap fakir miskin.

-Untuk menjaga kesihatan badan terutamanya perut.

FADHILAT RAMADHAN

Terdapat pelbagai fadilat yang kita temui di dalam bulan yang mulia ini.Seperti mana disebut di dalam hadis:
“Apabila telah tibanya Ramadhan dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan”-(Muttafaq Alaih)-

“Sesiapa yang mendirikannya (Ramadhan)penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu.”-(Muttafaq Alaih)-

Dari Abu Zarr,Rasullullah SAW bersabda:”Senantiasa umatku dalam kebaikan selama mereka menta’khirkan sahur dan menyegerakan berbuka.”-(H.R.Ahmad)

Salam mahabbah dan salam mujahadah pada kalian dalam menjalani madrasah ramadhan yang menguji kalian ditambah dengan musim syita' yang menuntun beribu kesabaran dan ketabahan dari kalian.Semoga kedatangan Ramadhan pada kali dapat menambahkan lagi amalan ibadah kita dalam pengabdian kepada ALLAH SWT..

No comments:

Post a Comment