June 25, 2014



 3 Mac 2014
 HEWI BKMIP telah menziarahi rumah ahli di Rumah Pahang Lama (RPL) yang bertempat di Abbas El-Akkad. Hanya dua buah rumah di bangunan ini yang didiami akhawat, selebihnya adalah ikhwah . Dua buah rumah ini salah satunya adalah pelajar Perubatan dan satu lagi pelajar Pengajian Islam . Seramai 9 orang HEWI BKMIP yang hadir dalam ziarah tersebut. Seterusnya , aktiviti yang kami lakukan adalah sesi taaruf sesama ahli dan kepimpinan. Ziarah ini mendapat sambutan yang baik samada dari ahli mahupun kepimpinan itu sendiri. Alhamdulillah. Semoga ukhuwah antara ahli BKMIP dan pimpinan terjalin dengan kukuh dan terbina satu kesatuan yang padu . InsyaAllah .


4 Mac 2014

Kuliah Dhuha anjuran Biro/unit Dakwah bersama Biro/Unit Perhubungan , Sambutan dan Rehlah BKMIP sesi 13/14. Kuliah Dhuha kali ini membicarakan mengenai Safar Mar'ah , Etika Hisbah dan Pengenalan Musyrif bagi sesi 2013/2014. Program diadakan di Dewan Syeikh Abdul Halim Mahmud. Program ini disampaikan oleh tiga orang panel yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Tertinggi BKMIP itu sendiri.
Antaranya Ustaz Amir Nordin , Ustaz Hasbullah dan Ustaz Muhammad Firdaus.
Banyak info dan maklumat yang dapat diperoleh dari program ini.






"Belajar dan Beramal"

"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"