oleh: Unit Biah Solehah BKMIP sesi 2018/2019
Pada era globalisasi dan modenisasi yang dibawa oleh Barat ini sedikit sebanyak telah membawa kepada perubahan positif mahupun negatif akan tetapi umat manusia lebih terkesan dengan perubahan yang negatif terutama dari segi akhlak, pemikiran, dan sosial. Agama Islam pula sudah lama dinafikan peranannya dalam sebagai pengatur kehidupan manusia. Akibat daripada itu umat islam semakin rosak dan semakin jauh dengan ajaran Al-Quran dan As-Sunnah. Daripada realiti ini kita dapat melihat betapa banyaknya laporan di dada-dada akhbar mahupun media elektronik melaporkan kes-kes gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang melanda dalam masyarakat Islam terutama golongan muda pada tahap yang sangat membimbangkan.
Masalah ini tidak hanya berlaku di Malaysia
bahkan berlaku juga dalam kalangan masyarakat kita mahasiswa dan mahasiswi yang
berada di Bumi Mesir ini. Hal ini kita dapat lihat melalui laporan statistik
kes-kes besar Hisbah yang dikeluarkan oleh Majlis gabungan BKAN sepanjang bulan
Oktober 2018 hingga Februari 2019.

PUNCA
Sebelum kita
membincangkan soal solusi dan penyelesaian, di sini terdapat beberapa punca
keruntuhan akhlak dan gejala sosial yang dapat kita keluarkan antaranya :
1) Kurangnya
iman dan pegangan dalam mengamalkan ajaran Islam serta mematahi garis panduan
yang telah Islam gariskan.
2) Masyarakat
Islam sekeliling yang tidak memainkan peranannya dalam melakukan amar makruf
nahi mungkar dan bersikap individualistik atau tidak mahu mengambil tahu
tentang orang lain. Lebih parah mereka menganggap amar makruf nahi mungkar
adalah milik orang-orang berautoriti sahaja.
3) Menormalisasikan
budaya hedonisme yang telah meresapkan dalam diri mahasiswa dan mahasiswi
menyebabkan mereka menganggap perkara tersebut sudah biasa dan tidak mengapa.
ISLAM SEBAGAI SOLUSI
Islam
merupakan agama yang relevan sepanjang zaman, sejak dari zaman Nabi Muhammad
S.A.W sehinggalah ke zaman kita pada hari ini. Di sini terdapat kita simpulkan
beberapa solusi yang praktikal untuk menangani masalah-masalah sosial ini dan
dibahagikan kepada dua peranan iaitu :
· PERANAN DIRI
11) Merasakan
Allah S.W.T dan para malaikatnya sentiasa berada dekat dengan kita dan mencatit
segala amal perbuatan baik dan buruk kita.
Firman Allah Taala dalam Surah Qaaf ayat 16 yang
bermaksud :
“Dan
sesungguhnya Kami tela menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan
oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya, (iaitu)
ketika dua malaikat mencatat amal perbuatannya, satu duduk di sebelah kanan dan
yang lain duduk di sebelah kiri. Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya
melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir”.
22) Membaca
ayat Allah yang mengancam perbuatan mungkar dan azab yang telah diberikan
kepada umat terdahulu.
Firman Allah Taala tentang azab umat terdahulu dalam
surah Fussilat ayat 13 yang bermaksud :
“Oleh
itu, kalau mereka (yang mushrik) berpaling (daripada mengesakan Allah dan
menurut jalan yang lurus), maka katakanlah (wahai Muhammad) Aku memberi amaran
kepada kamu dengan (azab yang dahsyat, iaitu) petir, seperti petir yang telah
menyambar kaum Aad dan kaum Tsamud”.
33) Membaca
ayat Allah Taala tentang ganjaran orang mukmin yang mengikut perintahnya agar
dapat memotivasikan diri dalam melakukan amal ibadat kepadaNya dan menambahkan
keimanan.
Firman Allah Taala balasan bagi mereka yang beriman
dalam surah Al-Bayyinah ayat 7-8 yang bermaksud :
“Sesungguhnya
orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan mereka itu adalah sebail-baik
makhluk (7). Balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah syurga ‘Adnin yang
mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya.
Allah redha terhadap mereka dan mereka pun redha kepadaNya. Yang demikian
adalah balasan bagi mereka yang takut akan Tuhannya (8)”.
· PERANAN MASYARAKAT (MAHASISWA DAN MAHASISWI)
11) Sikap
merasa tanggungjawab bersama dalam membanteras kemungkaran dan mengambil peduli
akan keadaan sekeliling.
Firman Allah Taala dalam surah Ali Imran ayat 104
yang bermaksud :
“Dan
hendaklah ada sekelompok umat yang menyeru kepada kebajikan (Islam) dan menyeru
kepada makruf dan mencegah daripada yang mungkar, merekalah orang-orang yang
beruntung”.
2)Menghidari sikap individualistik yang tidak
membawa kepada kebaikan bersama.
3)Melaporkan kepada pihak-pihak berwajib sekiranya
tidak mampu untuk menegur atau takut akan mudarat berlaku padanya.
KESIMPULAN
Secara
konklusinya, Islam itu sudah lama tersebar di muka bumi Allah S.W.T lalu
diwarisi dari zaman ke zaman dan telah terbukti keagungan Islam dari pelbagai
aspek bukan hanya tertumpu pada ibadah tetapi merangkumi seluruh kehidupan
iaitu akhlak, sosial, politik, ilmu, dan kemasyarakatan. Dapat kita lihat
bagaimana hebatnya zaman pemerintahan Rasulullah S.A.W dan Khulafa Ar-Rashidin
memimpin dan mereka menyelesaikan masalah-masalah sesuai yang diajarkan Islam.
Maka apabila Islam itu dilupakan semakin bertambahlah kemungkaran. Oleh itu,
kita sebagai pelajar Islam yang mempelajari ilmu agama tidak dapat tidak harus
mempraktikkan apa yang telah termaktub di dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Kerana
jika bukan kita maka siapa lagi ?
No comments:
Post a Comment