October 21, 2008

"HATI" PMRAM yang bertaut.......

07 Oktober 2008, Hayyu Asyir- HAFLAH AIDILFITRI PMRAM ( HATI 08) telah disambut dengan penuh gilang gemilang yang telah berlangsung di Dataran Hayyu Asyir bagi ikhwah dan di Rumah Selangor bagi akhawat.
Sambutan Raya PMRAM kali dinamakan dengan "HATI 08" telah memperlihatkan keberkesanannya yang mampu menghimpunkan seramai yang mungkin ahli PMRAM yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi yang berada di Perlembahan Nil ini, tidak dkhususkan kepada mahasiswa/I Kuliah sahaja bahkan dihadiri juga dengan puluhan mahasiswa/I perubatan dari sekitar tempat di Mesir ini.
HATI 08 dengan membawa dua objektif iaitu ingin mengumpulkan seluruh ahli PMRAM yang berada di bumi Mesir seterusnya meribat kembali ukhuwah yang sedia ada di kalangan ahli telah dicapai dengan terbukti kunjungan ahli yang tidak putus-putus membanjiri dataran hayyu Asyir bagi ikhwah bahkan akhawat berpusu-pusu memenuhi ruangan rumah selangor sehingga ke waktu malam melepasi masa yang ditetapkan. Jelas disini PMRAM kini mampu mempertautkan semua hati ahlinya berdasarkan kesatuan yang dibina.
HATI 08 kali ini memberikan kelainan berbanding sambutan aidilfitri pada tahun lepas dengan menghidangkan pelbagai juadah yang menyelerakan dari pagi sehingga ke malam. Antara Juadah sesi pagi yang dihidangkan oleh Zon A (Wakil dari Tanta,Dumyat,Wilayah, Kelantan dan Negeri sembilan) ialah mee goreng, manakala juadah tambahan dari Zon B(wakil Selangor,Zagazig,Mansurah,perlis dan Johor) ialah nasi berlauk. Manakala juadah sesi petang yang disediakan oleh Zon C (wakil Kedah,perak,Shibin el kom,Iskandariah dan Melaka) iaitu nasi empek berserta kuah kacang ditambah pula makanan tambahan dari Zon D (wakil pahang,terengganu,shoubra, pulau pinang, dan damanhur) iaitu laksa beserta dua kuah.
HATI 08 adalah dibawah Unit Dakwah dan pembangunan Insan PMRAM dengan kerjasama daripada exco dakwah BKAN dan DPM sebagai tenaga penggerak. Akhirnya syabas kepada PMRAM diatas kejayaan HATI 08 kali ini, moga PMRAM akan terus berjaya mempertautkan hati semua ahli PMRAM di seluruh Perlembahan Nil ini.

No comments:

Post a Comment