October 19, 2008

KEGEMILANGAN I'TIRAFF DAN SERI 08....


KEGEMILANGAN I'TIRAFF 08

04 Oktober 08, Dewan syeikh abdul halim- I'tiraff 08 kali ini menampilkan nama baru selepas setahun dinamakan dengan IMAN. I'tiraff 08 yang merupakan program mega tahunan Badan Kebajikan Mahasiswa/I Islam pahang (BKMIP) bersempena dengan Sambutan Syawal sekaligus meraikan anugerah sinar cemerlang bagi pelajar yang akan graduan dan pelajar cemerlang pada peperiksaan yang lepas.

Menerusi I'tiraff 08 kali ini dengan kelainan yang berbeza menonjolkan pelbagai persembahan dari kalangan pelajar baru STAM dan julung kalinya melibatkan pelajar baru perubatan. Masing-masing dengan watak mereka yang berbeda sekaligus menceriakan lagi majlis tersebut.

I'tiraff 08 seterusnya diadakan bagi meraikan pelajar yang tamat pengajian di mesir dengan menganugerahkan sijil dan hadiah sebagai kenangan. Pelajar yang mendapat anugerah kecemerlangan ini diantaranya ialah Saudari azawiyah abdul aziz yang mendapat pangkat Jayyid Jiddan merupakan pelajar syariah di Mansurah. Bagi pelajar cemerlang ikhwah tahun ini ialah Saiful bahry Dolah sajat dengan mendapat pangkat Jayyid yang merupakan pelajar lughah arabiah tahun 2 di Mansurah, bagi akhawat ialah Suziana Ishak yang mendapat pangkat jayyid merupakan pelajar syariah tahun 2 di Iskandariah, dan Nurhamidah Jalaluddin yang mendapat pangkat jayyid juga merupakan pelajar syariah tahun 2 di Iskandariah.

Majlis tersebut dihidangkan dengan juadah yang pelbagai seperti nasi empek beserta kuah kacang, nasi minyak beserta rending, dan tidak dilupakan makanan utama yang menaikkan lagi suasana i'tiraff 08 iaitu sate dan kueh raya. Kesemua juadah di sediakan oleh tenaga penggerak I'tiraff 08.

Majlis berakhir pada jam 10.00 malam dengan aksi bergambar yang di lakukan secara santai. Tahniah kepada semua Adhoc pelaksana I'TIRAFF 08, tanpa kalian majlis tersebut tidak akan berjalan lancar.


DEWAN SYEIKH ABDUL HALIM TERUS BERSERI.

02 Oktober 2008- Dewan syeikh Abdul Halim- Berseri-seri dewan syeikh abdul halim pada pagi raya kedua kerana telah berlangsungnya satu majlis sambutan Syawal yang dianjurkan oleh HEWI BKMIP 08/09. Majlis tersebut dinamakan dengan SERI 08 yang telah dirasmikan oleh Raisah HEWI PMRAM iaitu ustazah Norfaizah Mad Ali.

SERI 08 terus menyerikan lagi dewan rumah pahang dengan pelbagai aksi persembahan dari kalangan pelajar baru iaitu STAM bergabung dengan PERUBATAN. Selain itu juga persembahan yang diimport khas dari setiap furu' akhawat iaitu Iskandariah menampilkan tarian dan poco mereka tersendiri. Manakala Mansurah tidak kurang hebatnya dengan aksi bersahaja mereka berceloteh dengan tetamu yang hadir seterusnya menyampaikan lagu raya dan lagu versi arab.

Apa yang menarik pada SERI 08 kali ini ialah AJKT HEWI BKMIP turut meggayakan persembahan mereka dengan berpentomen secara santai serta mendendangkan lagu raya yang di ketuai oleh saudari nadia nabila iaitu exco penerangan dan penerbitan serta memangku unit kesenian dan kebudayaan.

Majlis SERI 08 turut diserikan dengan hidangan juadah yang dimasak oleh HEWI sendiri yang dikepalai pengarah SERI 08 iaitu saudari hazwani mahmad dan adhoc makanan SERI 08. Diantara makanan yang Disediakan ialah nasi empek berkuah kacang, kueh raya dan makanan yang disukai oleh semua iaitu AYAM BBQ.

SERI 08 telah berakhir dengan pertukaran hadiah serta jamuan dari juadah yang dihidangkan. Semua ahli merasa berpuas hati seterusnya dapat beramah mesra sesama sendiri samada yang baru mahupun yang lama. SERI 08 mampu merapatkan ukhuwah sesama akhawat anak pahang tidak mengira yang berada di muhafazah ataupun kaherah sendiri.

No comments:

Post a Comment