October 31, 2011

UNTAIAN MUTIARA DARI TIMBALAN PENGERUSI HEWI PMRAM CAWANGAN PAHANG (BKMIP) 2011/2012

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Bismillahi walhamdulillah, selaut kesyukuran dan setinggi-tinggi rasa ta’bud dan maghfirah dihamparkankan kepada ALLAH ,Tuhan yang MAHA kaya dengan nur ar-RAHMAH. Selawat dan salam dicucurkan kepada junjungan mulia Rasulullah S.A.W, qudwah agung,kekasih ALLAh., ahli-ahli bait dan para Sahabat r.a.Seterusnya,buat suluruh teman,generasi rantaian perjuangan di medan dakwah.FirmanNYA ada menyebut,

“ Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebaikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa ( dari kejahatan ) yang dikerjakannya”. –al-baqarah

Saudari seaqidahku sekalian,

Dewasa ini, acap kali kita dinobatkan sebagai penonton setia dalam menyaksikan naik turun dan jatuh bangunnya barisan kepimpinanan dalam arena pentadbiran di pelbagai peringkat.Justeru itu,BKMIP dalam usaha menyediakan dimensi yang lebih segar buat para ahli,berusaha mengetengahkan sebuah pembawakan baru iaitu 4B,Belajar,Beramal, Berukhuwwah, dan Bertaqwa kepada khalayak umum.Hal ini diharapkan dapat memberi intisari yang lebih bermakna seiring dengan usaha melahirkan da’ie-da’ie yang terkehadapan dalam mendepani dunia global masa kini.Malah,ianya juga bertepatan dengan slogan “MEMPERKASAKAN PENDIDIKAN MENEMPA KECEMERLANGAN ”yang kini menjadi tema rasmi BKMIP.

Manakala HEWI dalam usaha mengangkat mahasiswi sebagai model contoh remaja islam, berusaha memberi penekanan dari sudut ukhuwwah dan tarbiyah.Hal ini kerana kedua-dua elemen yang cuba diketengahkan ini dilihat sebagai dua aspek terpenting bagi pembentukan modal insan generasi pelapis BKMIP di masa hadapan.Namun,usaha yang tidak berbelah bahagi ini,tetaplah sia-sia andai kami,barisan kepimpinan dan para ahli tidak bergabung tenaga dan masa dalam mengembleng kekuatan BKMIP .

Tuntasnya,kami mengharapkan kebangkitan seluruh ruh-ruh semangat perjuangan yang tersimpan dalam diri para ahli diterjah keluar agar dapat bangun bersama-sama kami untuk kita berpimpin tangan mengejar kecemerlangan akedemik dan sahsiah.Malah turut bekerjasama dan seiring mengorak langkah dalam melestarikan pembawakan pada sesi ini dan memastikan ianya telaksana.INSYA ALLAH

*Sirru a’la barakatillah,

*“KESATUAN UKHUWWAH MANIFESTASI TARBIYAH”

Salam kasih,

(SYAIRAH ATIQAH BT MD JANI)

Timbalan Pengerusi Hewi BKMIP 2011/2012