October 31, 2011

Serlahkan Bakat Anda

Durratul Insyirah merupakan sebuah kumpulan nasyid di bawah kelolaan Unit Kebudayaan, Kesenian & Sukan Hewi Pmram Cawangan Pahang.

Ia ditubuhkan sekitar pertengahan tahun 90-an yang dahulunya dikenali sebagai Ainul Mardiah. Kumpulan ini telah menyertai beberapa pertandingan seperti PMHK PMRAM dan turut mendapat kemenangan. Ada di antara ahli Ainul Mardiah yang berkebolehan dalam mencipta lagu dan lirik, rata-rata lagu dan lirik mereka diterima oleh kumpulan As-Sohwah PMRAM untuk dijadikan kombinasi lagu-lagu mereka. Sinar kegemilangan Ainul Mardiah semakin malap, akibat daripada kekurangan komitmen dan kebolehan ahli yang berbakat.

Rentetan daripada itu, pada Mesyuarat Agung HEWI kali ke-18, AJKT HEWI telah bersepakat untuk menukarkan Ainul Mardiah kepada Durratul Insyirah yang bermaksud "Permata Berkerlipan" hasil daripada timbulnya kesedaran untuk menghidupkan kembali kegemilangan kumpulan nasyid HEWI.

Kini Durratul Insyirah mengorak langkah dengan pencarian bakat baru melalui uji bakat yang akan berlangsung sepertimana berikut :

Tarikh : 1 November 2011
Masa : 8.00 malam - 10 malam
Tempat :Blok C (Tingkat 5)

Sebarang pertanyaan sila hubungi:
Nor Atiqah Bt Hasnol (0114 - 8920968)

Dijemput kepada mahasiswi pahang dirasat mahupun medik hadir ke uji bakat beramai - ramai malam ini.


No comments:

Post a Comment