February 22, 2012

4 Kes Jenayah Sekitar Hayyu Asyir

Minggu ini sahaja awal bulan 2 telah berlaku 4 kes jenayah yang dilakukan Arab-Mesir.Minggu pertama dengan kes di dalam kawasan tetapi berjauhan dengan penempatan pelajar malaysia yang tinggal di Apartment arab seterusnya diikuti kawasan yang berdekatan perumahan pelajar asia khususnya.




Antaranya adalah seperti berikut mengikut gambar contoh yang diberikan ;




1.Kawasan Perumahan Walidan 
sebagaimana ADMIN difahamkan oleh sebahagian pelajar-pelajar negeri lain yang memberitahu, Kawasan Walidan adalah kawasan Hot !!! yang ramai penjenayah jalanan mahupun penjenayah kawasan tersebut sentiasa menjadikan mata mereka sebagai CCTV kepada pelajar Asia khususnya Malaysia dan Indonesia. Kes apa yang berlaku ADMIN tidak berapa jelas isu yang terjadi.






2.Kawasan Sekitar "Suk Saiyarot"
selepas peristiwa yang berlaku di kawasan Walidan di turuti kawasan perumahan berhadapan "Pasar Kereta" yang juga tempat makan pelajar-pelajar Asia selalu menjamu selera di Kedai Makan popular Persatuan Mahasiswa Indonesia "Bambobi".




"Seorang pelajar Kedah Mahasiswa Universiti Tanta membawa beg berisi laptop dan wang berjumlah 10,000 L.E yang telah disimpan selama 2 tahun, kemungkinan jumlah tersebut ditabung untuk perkara kecemasan melalui jalan berdekatan Kedai Makan "Bambobi". Barangkali, beliau baru datang dari Tanta untuk urusan penting atau rehat di perumahan Mahasiswa Kedah Hayyu Asyir / selepas pulang makan kedai tersebut. Dengan izin Allah beberapa orang remaja arab lelaki telah menghampiri dan terus memegang lalu di tetak kepala beliau sehingga 6 jahitan telah disahkan Doktor merawatnya di Hospital.

Barang berharga laptop dan wang yang di bawa hangus di sapu remaja arab.



3.Cubaan Pecah Rumah + Muslimah Indonesia Jadi Mangsa
seperti yang dimaklumkan 3 / 4 orang Arab-Negro berniat menceroboh / mencungkil pintu utama rumah pelajar muslimah Asia Malaysia berkemungkinan rumah pelajar muslimah MEDIC yang ditaja oleh sponsor di kawasan tersebut. 

   
   

Selepas beberapa minit cubaan mencungkil / membuka pintu utama tidak juga kelihatan dapat dibuka, turunnya muslimah Indonesia yang tinggal di atas rumah pelajar Malaysia untuk keluar mencari keperluan dan terserempak dengan Arab-Negro tersebut lalu penjenayah yang berniat celaka itu terus bertindak ganas dengan memukul muslimah Indonesia tersebut dan meminta wang.



4.Muslimah Berjalan Seorang + Disamun Beg 
kemungkinan pelajar muslimah ini mahu pergi luar kawasan Hayyu Asyir melalui jalan "Suk Saiyarot" / baru pulang dari pengajian dan seumpamanya melalui kawasan berhampiran penempatan pelajar Malaysia seorang diri







 lalu dengan tidak rasa berhati-hatinya muslimah tersebut atau tidak perasan motorsikal yang di tunggang 2 orang Arab-Mesir lalu merampas beg yang mungkin berisi laptop / buku-buku / handset / wang jumlah besar dan seumpamanya.



KESimpulanNya, berhati-hatilah kemana-mana sahaja kalian pergi sentiasa berWuduk, membaca Surah Al-Fatihah, Ayat Kursi, doa Naik kenderaan serta Doa elak Sihir. Dan yang paling penting terutama muslimah sentiasa kemana-mana ramai lebih dari 5 / 6 orang apabila berjalan. Jadikan Mata Kita Anugerah Allah sebagai CCTV Kanan-Kiri-Depan-Belakang Sentiasa Ketika Berjalan Sambil Berbual.

Ayuhhh...Muslimah BOLEH!!!



PERHATIAN - 4 Kes yang berlaku adalah FAKTA Cuma jalan Cerita mungkin tersalah sedikit / kurang tepat kerana ramai Wartawan telah menghantar berita apapun ia tetap FAKTA yang telah berlaku kini.