Pertandingan Debat ala Parlimen


Pada 10 – 11 Febuari 2012, Unit Kesenian, Kebudayaan & Sukan PMRAM cawangan Pahang, telah mengadakan Pertandingan  Debat ala Parlimen yang membahaskan isu Media Elektronik lebih banyak mendatangkan kebaikan berbanding keburukan. Sebanyak  4 kumpulan mewakili setiap usrah dari kalangan pelajar Tahun 1 siswi melibatkan diri.
         Bermula 10 Febuari pada jam 2.00 petang,  acara debat berlangsung dengan hangat  sebanyak 3 pusingan  dan berhenti pada jam 5.00 petang .Manakala pada 11 Febuari  Pertandingan Separuh Akhir berlangsung   selepas isyak.

         Kemudian Ucapan Perasmian kumpulan Nasyid Durratun Insyirah disampaikan oleh Saudari Siti Farhana  selaku Setiausaha Agung HEWI BKMIP. Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan daripada kumpulan nasyid tersebut seterusnya acara penyampaian hadiah bagi Pertandingan Debat ala Parlimen. Tempat pertama dimenangi oleh Kumpulan A.

      Tepat jam 10.00 malam acara bersurai dengan jamuan makan. Semoga pertandingan ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang supaya mahasiswi islam kini mampu menonjolkan bakat serta melatih diri untuk berani kehadapan  sebagai persediaan mendepani masyarakat.