February 13, 2012

Pemerkasaan Kad PMRAM



Lajnah Pendaftaran PMRAM bagi sesi 2011/2012 mengumumkan 
saluran kebajikan ahli PMRAM dari aspek penggunaan
Kad Keahlian PMRAM.
Lajnah Pendaftaran PMRAM dengan kerjasama 
Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa 
(BPKB) secara rasminya telah menjalinkan kesepakatan dengan 
pihak Institusi Bahasa yang tidak asing lagi iaitu
 Markaz Nil khusus untuk memberi manfaat 
dan kelebihan kepada ahli PMRAM.

Bila-bila masa , kepada ahli PMRAM yang ingin mendaftarkan diri sebagai penuntut di Markaz Nil. Khusus untuk ahli PMRAM akan mendapat potongan istimewa dengan menggunakan Kad PMRAM.

1. Pendaftaran LE 200.
2. Buku percuma setiap mustawa.
3. Yuran imtihan percuma.

Keistimewaan ini hanya diberikan kepada ahli PMRAM yang mempunyai Kad Keahlian sahaja.

Permohonan ini telah ditetapkan oleh pihak BPKB 
bahawa pendaftaran MESTI
melalui pendidikan cawangan negeri 
masing-masing.


Antara dokumen penting yang perlu disediakan ialah :

 Yuran pendaftaran(LE200),

 gambar 1 keping, 

salinan kad PMRAM (depan belakang)

 dan isi borang (dapatkan borang di cawangan )

Jalinan kerjasama ini membuktikan hubungan baik antara PMRAM 
dan institusi luar.

Melalui pembawakkan PMRAM yang masih dikekalkan daripada sesi lepas
‘Kemantapan Fikrah Membina Syakhsiah’
topik kebajikan antara agenda utama dalam pembawakan tema tersebut. 
PMRAM pada sesi ini akan memperkasakan 
fungsi kegunaan Kad PMRAM melalui Lajnah Pendaftaran PMRAM 
dibawah tanggungjawab Naib Setiausaha Agung,
 Saudara Halis Syafiq bin Ahmad.

1. Potongan harga dari pembelian sebahagian buku tertentu sahaja
     di Kedai PMRAM.

2. Kad PMRAM bagi pasangan berkahwin.

Selain itu, kerjasama dilaksanakan juga diperingkat
Badan Ekonomi (BEKON) dan  
Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan (LDPI) PMRAM.
Pembelian sebahagian buku tertentu di Kedai PMRAM
 juga akan diberikan harga istimewa dan potongan kepada 
pembeli yang menunjukkan Kad PMRAM.


Bagi pasangan yang sudah berkahwin, pengkelasan Kad akan
dibuat khusus kad keahlian bagi pasangan berkahwin. 
Maklumat lain akan menyusul kemudian.

Pihak Lajnah dan Unit Pendaftaran PMRAM amat mengalu-alukan sebarang cadangan
dan idea yang hendak dikongsikan keperingkat PMRAM.

 Sila emelkan kepada :


     atau



Sumber PMRAM