February 11, 2012

Usrah Gabungan Sempena Maulidur Rasul 1433H


KAHERAH, 10 Febuari - Usrah gabungan mengikut Zon Hayyu Asyir telah diadakan di Dewan Syeikh Abdul Halim Mahmud Pahang, bawah anjuran Badan Dakwah & Pembangunan Insan PMRAM dengan kerjasama Jabatan Tanzim Nuqaba’ serta Biro dan Unit Dakwah setiap cawangan Pahang, Terengganu dan Selangor .
       
          Pembentangan kertas kerja dari kitab Sirah Nabawiyah Durus wa ‘Ibar telah disampaikan oleh Saudari Faizah bt Mansur selaku Timbalan PMC, PMRAM dan Saudari Siti Mastura bt Mohamad selaku Penasihat BKAN Pulau Pinang.Usrah sempena sambutan Maulidur Rasul 1433H ini berjaya dilaksanakan dengan kehadiran seramai 85 orang ahli.
     
         Pembentangan ini mengisarkan sejarah kelahiran Nabi Muhammad S.A.W, permulaan wahyu sehinggalah penghijrahan baginda ke Madinah.Pelbagai pengajaran, iktibar dan semangat yang boleh diambil untuk lebih mengenali serta menyambung rantai perjuangan baginda S.A.W.
     
        Selain merapatkan ukhwah sesama ahli, serta usaha memperingati sejarah dan seterusnya menghidupkan sunnah – sunnah Nabi Muhammad S.A.W ini, diharap kita semua akan dikurniakan syafaat baginda pada hari akhirat kelak.